Kami Dan Raptai Konvokesyen di PICC | Bertolak dari rumah jam 8:30 pagi dan sampai di Putrajaya jam 9 lebih. Pengambilan jubah tadi went smooth jer. After that, kitorang went out for lunch makan nasi ayam. A big thank you to my friend's parents sebab belanja makan. Best lepak lepak with them sebab dorang sangat cool and sporting. The best part untuk hari ini aku jumpa kawan kawan kolej and kitorang snap snap gambar and borak tak henti henti.
Masuk je ke dalam dewan aku dah tercari cari siapalah yang aku kenal ada dekat sini. Then aku terserempak dengan tiga orang ini. Luckily ada dorang kalau tak sure aku terpinga pinga kat dalam PICC nih sorang sorang.
Lepas tuh, Jibum (tengah) and Izzie (tudung hijau) datang. Jadilah lagi meriah lebih lebih lagi bila si tudung hijau tuh dah sampai, kecoh satu dewan. Oh yer, suasana kat dalam dewan pon meriah ramai jugak orang. Nasib baik datang awal, kalau tak nanti kene queue panjang untuk ambil jubah.
Nak ambil gambar dalam dewan konvo tapi sayang bateri low. Paling tak leh blah, arini aku jumpa kawan yang selalu gaduh time kat kolej dulu. Nampak muka jer terus nak gaduh tapi bukan gaduh extreme lah. Gaduh yo yo or jer.
Inilah kawan yang aku selalu gaduh tuh. Dia budak Masscom sekarang. Opps! sorry Akie, ter-mentioned pulak. Selain mereka mereka di atas ini aku ada jumpa kawan kawan lain jugak.
\
Yang tak ada dalam gambar sorrylah yer tak sempat nak snap tapi tak apa jumpa hari ahad nanti boleh snap gambar banyak banyak ok.Selamat tamat belajar and selamat Konvo. Sure korang tengah try jubah and feeling feeling depan cermin sekarang ini kan?

Post a Comment

Previous Post Next Post