DC Comics Superheroes Cafe Sky Avenue Resorts World Genting

DC Comics Superheroes Cafe Sky Avenue Resorts World Genting | DC Comics Superheroes Cafe adalah antara kafe/restoren yang paling menarik minat aku dalam 36 Hours Food Trail yang berlangsung di Sky Avenue, Genting Highlands baru baru ini. Aku pernah nampak kafe ini di Sunway Putra Mall tapi tak berkesempatan untuk cuba. Jadi, sempena food trail ini memang banyaklah order sebab makanan yang disediakan di sini sangat menarik.

DC Comics Superheroes Cafe | Sky Avenue | Genting Highlands
Masuk jer dalam kafe, mata ini memang tak terlepas untuk tengok setiap sudut dekorasi yang betul betul menarik. Dinding, meja, kerusi semuanya ada unsur unsur superheroes termasuklah menu dan makanan yang dihidangkan untuk pelanggan.

DC Comics Superheroes Cafe Menu | Superman Lunchbox Cover
Ada banyak pilihan makanan untuk dicuba, sampai rambang mata sebab tak tahu nak makan apa. Nama setiap makanan dan minuman juga sangat unik. Nak tahu kitorang makan apa kat sini? Jom kita tengok.

Antara yang kitorang order di Kafe ini
Sekali order. Nah amek kau! Banyak kan. Semuanya sedap guys, especially Metropolis Face Off Burger yang aku order tuh. Pizza pon sangat awesome sebab aku sukakan yang jenis macam nih which is soo thin and yummy. hehe. Oh yer, Spagheti (Balinese style) pon sangat sangat sedap. Aku saran kan korang order kalau datang ke kafe ini.


Bukan setakat makanan jer yang menarik dan sedap, Minuman dekat sini pon boleh tahan jugak. Tambah pulak dengan presentation dia yang sangat superb. Sayang nak minum. Jom kita tengok minuman plak.


Mana tak sayang nak minum kalau macam ini kan. As usual nama minuman mesti unik punya. kalau korang nak tahu sebelah kiri dalam gambar dekat atas ini, nama dia, Ha Ha Ha dan sebelah kanan tuh pulak, Bruce's Top Toffee. Berapa harga untuk minuman ini pulak. Jom tengok tengok.


Satu pengalaman yang best untuk aku, dapat juga makan dekat DC Comics Superheroes Cafe di Sky Avenue, Genting Highlands. Sekiranya korang bercuti di genting highlands jangan lepas peluang untuk datang sini. Oh yer, dekat sini ada dua DC Comics Superheroes outlet, satu kafe dan satu lagi outlet untuk korang beli merchandise. 

DC Comics Superheroes Cafe Malaysia 
Genting Highlands Branch

Facebook

Instagram
Terbaru Lebih lama