Breaking News

Cara menggunakan pewarna rambut telap air dan sah wuduk dari Gumash Hair Color

Cara menggunakan pewarna rambut telap air dan sah wuduk dari Gumash Hair Color | Dalam artikel sebelum ini aku ada kongsikan tentang pelancaran Gumash Hair Color dengan korang semua. Pada yang belum lagi sempat membaca artikel tersebut korang boleh klik link ini - Pelancaran Pewarna rambut telap air dan sah wuduk Gumash Hair Color - Untuk artikel kali ini pulak, aku akan share apa yang ada didalam kotak Gumash Hair Color dan bagaimana cara untuk menggunakannya.

Gumash Hair Color Kit RM129.00

Gumash Hair Color - Pewarna rambut telap air dan sah wuduk

Gumash mengeluarkan tiga jenis warna iaitu black, dark brown dan dark red. Ianya didatangkan dengan kotak yang kemas dan dilengkapi dengan beberapa alatan serta bahan bahan mewarna rambut dimana pada pendapat aku sangat menyenangkan. 

  • 2x Krim pewarna rambut 40ml 
  • 2x Losyen developer rambut 60ml
  • Syampu rambut 30ml
  • Perapi rambut 30ml
  • Serum rambut 5ml
  • Sikat rambut
  • Sarung tangan
  • Sarung kepala
Cara untuk menggunakan Gumash Hair Color ini sangat mudah tetapi sebelum korang menggunakannya pastikan korang tiada sebarang alahan dan sensitiviti. Korang perlu menjalankan ujian alahan kulit dan biarkannya selama 48jam sebelum mewarna. Sekiranya tiada sebarang reaksi barulah sesi mewarna rambut boleh dilakukan. *arahan ujian alahan kulit disediakan didalam kotak

Langkah langkah mudah untuk mewarna rambut menggunakan Gumash Hair Color 

1. Pastikan korang memakai sarung tangan yang disediakan dan tuangkan satu tiub krim pewarna rambut 40ml (1A) ke dalam botol losyen developer rambut 60ml (1B). Untuk korang yang berambut pendek, satu tiub pewarna rambut sudah cukup tetapi kalau rambut panjang boleh gunakan satu lagi tiub pewarna dan tuangkan dalam botol losyen developer rambut yang satu lagi.


2. Bila korang dah campurkan kedua dua bahan ini ke dalam botol losyen developer, make sure tutup balik botol tuh ketat ketat dan goncangkan sampailah campuran sebati sepenuhnya. lepas tuh sapukan krim tersebut pada berus yang disediakan dengan teliti. Right after that, korang sapukan pewarna tersebut dari akar hinggalah ke hujung rambut. kalau pewarna terkena kulit korang bersihkan jer guna tuala basah dengan serta merta. 


3. Bila korang dah selesai, biarkan jer selama 30 hingga 45 minit. Cukup jer masa yang ditetapkan, korang urut rambut secara sekata, cuci dan bilas rambut sehingga bersih. lepas tuh barulah korang gunakan syampu dan diikuti dengan perapi yang disediakan. Akhir sekali, bilas rambut dan keringkan rambut dengan tuala. Letakkan serum dan gayakan rambut baru korang seperti biasa.


Berikut adalah langkah langkah mudah untuk mewarna rambut menggunakan produk dari Gumash Hair Color. Korang tak perlu beli peralatan atau tools lain untuk warnakan rambut sebab dalam satu kotak ini dah ada semuanya. Selamat mencuba yer.

Gumash Hair Color
Rangkain Mercu Health and Beauty Sdn Bhd
No. 22A-3, Jalan PJU 5/20D,
The Strand, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor

Hotline
+60125341979
+60125351979

Telefon
0361507155

Fax
0361507455

Website
Facebook
Instagram
Twitter

22 ulasan:

  1. Macam best je produk ni. Nak pakai pun mudah, lepastu boleh bawa solat.

    Uban makin banyak di kepala ni, kena beli satu kalau gini

    BalasPadam
  2. Best nya semua dah ade..bila tgk harga td mcm OMG mahal nya..tp bila tau ade byk tools siap ade shampoo serum lagi..memang berbaloi la..selalu brand lain xde puk bg tools mcm ni..dulu kena bancuh dlm mangkuk kecik..ni dlm botol je..tuang sikat senang betul la

    BalasPadam
  3. Wahhh ada pewarna rambut halal rupanya. Macam menarik je. Tak rosakkan rambut ke nanti?

    BalasPadam
  4. Macam best nia product ni.will check them out

    BalasPadam
  5. Baru tahu ada jugak pewarna rambut yang sah wuduk. Menarik jugak ni. Tapi bahan2 yg digunakan tu tak merosakkan rambut ke? Emi so far belum pernah warnakan rambut sebab takut rosak, hehe

    BalasPadam
  6. mesti wanita muslimah kat luar sana yang sukaaaa sangat sebab at last ada jugak product color rambut yang gerenti halal termasuklah sis..hehehe.. boleh jugak propose kt spa spa muslimah ni tau..

    BalasPadam
  7. Produk telap air ni bagus la untuk kita yang beragama islam. Saya memang tidak mewarnakan rambut. Kepada mereka yang berminat bolehlah mendapatkan produk ni. Guide yang diberikan sangat detail. Menjadi panduan mereka yang baru nak mencuba mewarna rambut.

    BalasPadam
  8. letop! ko buat dah ke ? mesti rambut cantik persis rosmah gitu. hahaha macam nak try je, sebab halal kan

    BalasPadam
  9. Susah nak cari pewarna rambut yang sah wuduk kan..boleh la cuba yang ni..nampak menarik la..SA memang mewarnakan rambut sebab ada masalah rambut berubah kan..so senang la lepas ni boleh guna product Gumash ni..

    BalasPadam
  10. Huishhhh tgk set dia mmg nmpk esklusif giler. Tapi bagusla ada juga produk kegunaan muslim. Ianya halal ran selamat digunakan

    BalasPadam
  11. wah... now i can buy this for my Muslim friends d. tak perlulah mereka bimbang tentang sah wuduk. Thanks for such a great review.

    BalasPadam
  12. teringin gak nak kalerkan rambut, tapi kebanyakan produk tak mesra wudhuk tu tak pakai. Tengok ni macam menarik je..packaging pun nampak eksklusif..

    BalasPadam
  13. Baguslah ada produk pewarna rambut yang mudah guna dan mesra wuduk. Sebab banyak produk pewarna rambut tak mesra wuduk. Nak pakai pun was was

    BalasPadam
  14. oh ada eh produk pewarna rambut yang boleh dibawa sembahyang. kalau ada warna hitam lagi bagus kan.

    BalasPadam
  15. Teringin nak warnakn rambut tp takut x sah wudhuk pulak. Okay skrg dh confident dgn produk nie dan langkah2 pon mudah

    BalasPadam
  16. Terima kasih.. tipsnya sangat bermanfaat. Kini tak perlu khawatir salah lagi jika ingin warnai rambut. Bisa milih yang sah untuk wudhuk dan Hasilnya pasti lebih bagus.

    BalasPadam
  17. Bagusnya sebab dia sediakan semua peralatan. Takde la lepas nie sikat Rawlins terpaksa buang sebab dah jadi bermacam warna selepas guna pewarna rambut.

    BalasPadam
  18. Sebelum ni CCL tahu pewarna rmbut shurah je yg halal boleh dibawa solat , ini ada jenama baru . Satu set complete lagi.berpatutan juga dengan harga . CCL boleh recormended untuk kawan

    BalasPadam
  19. Awakkkkk, eksklusifnya packaging dia. Berbaloi la dengan harga dia. dekat watson ada tak agak-agak? Sebab adik memang pakai pewarna rambut sebab dia punya rambut beruban.

    BalasPadam
  20. Ok juga warna ni. Yang penting now they have hair color that sah wuduk so senang for the muslimah to color their hair too.

    BalasPadam
  21. looks like very simple to use at home, save time from going to the hair salon!

    BalasPadam