Buka puasa di Hotel Dorsett Grand Subang - Blog Luqman Zakaria

Buka puasa di Hotel Dorsett Grand Subang

Share This
Buka puasa di Hotel Dorsett Grand Subang | Bulan ramadhan dah nak dekat tapi aku masih lagi ada beberapa entry buffet ramadhan yang aku nak kongsikan dengan korang semua dan untuk kali ini kita akan tengok apa yang ada di Hotel Dorsett Grand Subang.


Buffet Ramadhan di The Dorsett Grand Subang

Buffet ramadhan yang berkonsepkan Citarasa Ramadan di hotel ini menawarkan pelbagai jenis makanan yang cukup menyelerakan. Antara yang menjadi tumpuan adalah sup gear box yang dihidangkan bersama roti benggali. Selain itu, kambing panggang juga turut menjadi pilihan ramai.


Mereka juga menyediakan pelbagai jenis hidangan lauk pauk dan beberapa jenis nasi untuk korang semua nikmati. Antaranya adalah asam pedas tetel, fried fish chilli paste (Ikan goreng masak cili), nasi biryani udangnasi biryani gam dengan pilihan lauk ayam daging atau kambing, seafood on ice, fried hokkien noodles dan macam macam lagi. 


Ulam ulaman, ikan masin, sambal belacan dan beberapa jenis kerabu juga disajikan bersama bagi melengkapkan hidangan nasi para tetamu yang hadir untuk berbuka puasa disini. Menu menu lain seperti char kueh teow gorengbubur lambuk dan satay turut terhidang dibahagian luar bangunan untuk memberikan tetamu pilihan yang pelbagai.


Hidangan berat yang cukup banyak ini pastinya akan membuatkan semua orang kenyang tetapi tidak sempurnalah hidangan korang sekiranya tidak mencuba pencuci mulut, buah buahan dan ais krim berperisa durian D24/vanilla/strawberi/coklat yang ada di Hotel Dorsett Grand Subang. 


Untuk pengetahuan semua juga, buffet ramadhan di Hotel Dorsett Grand Subang akan dihiburkan oleh Sri Kanchana Ghazal secara live. Pastinya lebih meriah kan bila dapat makan makanan yang sedap sambil mendengar aluyan suara dan muzik dari mereka! Jadi, tunggu apa lagi? Jom buat tempahan sekarang. Sekiranya berminat, korang boleh rujuk info info yang aku sertakan dibawah ini.

Buffet Ramadhan Citarasa Ramadan 
Hotel Dorsett Grand Subang
Jalan SS12/1,
47500 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia

Harga (Terazza Brasserie)
RM165nett Dewasa
RM83nett Kanak Kanak
RM132nett Senior Citizen

Harga (Melati Room)
RM155nett Dewasa
RM78nett Kanak Kanak
RM124nett Senior Citizen

Promosi - Early Bird Special (Untuk tempahan bermula dari 16 March  2018 hingga 16 May 2018)
Mendapat Potongan harga sebanyak 25%

Untuk Tempahan
0350316060
bookfnb.subang@dorsetthotels.com

18 ulasan:

  1. Amboi kambing golek dia
    Mengancam betul. Semua nampak sedap dan menarik. Dekat rumah ni boleh singgah jaaa

    BalasPadam
  2. Oo Bella tak pernah lagi ke Dorsett Grand Subang. Nampak menarik makanan2 yang ada untuk buffet Ramadan. Harga pun standard la kan, harga buffet hotel zaman sekarang. Rindu pulak zaman dulu bila makan hotel tak mahal sgt. Hahaha. Hmm boleh lah booking untuk buka puasa disana Ramadan nanti

    BalasPadam
  3. Menyelerakan la hidangan kat Dorsett Subang ni. Ice Carving tu lawa sangat. Berseni. Kuaytiaw tu tak menahan tu. Sedapnya dihidangkan panas2 dalam kuali.

    BalasPadam
  4. awak ni model ke? hahaah bila nak belanja kite makan sini ni> nampak sedap sangat. boleh la cuba nnti, apa pun kirim slaam dekat mell ye!

    BalasPadam
  5. Dorsett grand subang memang sedap semua makanannya..akak memang suka makan kat sini..harap2 tahun depan diorang jemput akak ke sini plak..best la awak Luqman banyak jemputan tahun ni..hehehee...makan sesaje...

    BalasPadam
  6. Kambing dan sup gear box tu memang menyelerakan kita suka hehehe tak pernah lagi buka kat sini nanti bulan puasa boleh lah datang sini cuba makan...

    BalasPadam
  7. Sup gear boxxx...wahhhh sedapnya. Lama tol sis tak pekena sup gear box ni. Adehhh nasib baik lah lom puasa lagi ni..hehehe.
    Nampak gaya kena gi terjah jugak ni sebab nak pekena sup gear box...yg lain pun menarik tapi sup tu lagi mengancam

    BalasPadam
  8. Geramnya tengok kambing golek tu sebab memang favorite. Nak kena cepat untuk harga early bird. Boleh cuba semua jenis makanan kat sini.

    BalasPadam
  9. Hotel Dorsett Grand Subang ni jauh dari rumah TB .. mungkin kena cari hari yang sesuai baru leh berbuka dekat sini.. tengok menu pun macam best je semua.. kambing golek tu salah satunya.. selain tu TB terliur tengok dessert-dessert dia.. fuh.. boleh bikin lapar .. haha

    BalasPadam
  10. Macam banyak choice je menu dia. Variety sangat. Memang berbaloi dengan harga. So far emi belum pernah berbuka puasa kat dorsett lagi. Tahun ni boleh try la kot.

    BalasPadam
  11. Meriah haaa menu dekat sini. Semua pun favorite menu orang malaysia especially kambing panggang dan sup gear box tu haa. Menu jahat orang kata.

    BalasPadam
  12. Best nya dapat berbuka di hotel dorsett... Air liur pun nak keluar tengok kambing bakar tu... nampak sedapnya~ Banyak pilihan makanan!! yummy!

    BalasPadam
  13. Aku suka sup gear box dia. Makan plak dengan roti. Aduhai mak leha. Sedapnya

    BalasPadam
  14. wah.. i see the koay teow goreng.. im superb craving now... lolz
    Puasa is coming soon... i wish all Muslim friends Selamat Berpuasa

    BalasPadam
  15. Wahhhh macam2 sungguh hidangn yg ditawarkan. Berbaloi dgn harga. Malah siap ada promosi lagi. Eh hari nie last, nak kena order niii

    BalasPadam
  16. Geram tngok sup gear box tu. FAVORITE kot, huwarghhh. Tak sabar nak balik berbuka puasa kat kampung.

    Banyal juga pilihan juadah di Dorsett. Cambest je sini

    Selamat berpuasa luqman

    BalasPadam
  17. haven't try their buffet even though I went to this hotel last year for the mooncake. Now I feel hungry after seeing the food pics :D

    BalasPadam
  18. Tudia menawan betul gearbox kambing tu..kalau dapat straw, sedut sumsum tulang dia! Perghh!
    Pastu balik rumah, sakit kepala haha. Tapi disebabkan sedap, AS rela kot sakit kepala disebabkan telebih makan. Haha

    BalasPadam

Pages