Breaking News

Bas sekolah percuma untuk PPR dan PA di Wilayah Persekutuan

Bas sekolah percuma untuk PPR dan PA di Wilayah Persekutuan | Zaman sekolah dah lama berlalu pergi tapi sampai sekarang aku masih lagi terbayang bayang pengalaman aku menaiki kereta jiran untuk ke sekolah setiap hari. Dulu masa belajar di sekolah rendah aku tak perlukan bas sebab lokasi sekolah hanyalah beberapa meter sahaja dari rumah aku. Tapi bila dah masuk sekolah menengah, kenderaan menjadi satu keperluan sebab sekolah aku tuh jauh. Kalau jalan kaki memang berpeluh jugalah bila sampai. Boleh lemau satu hari dan bila nak mula belajar jer badan jadi lemah.

Aku rasa mak dan ayah perasan yang aku penat semacam jer bila balik dari sekolah tapi dorang tak boleh nak hantar aku ke sekolah setiap pagi maklumlah sibuk dengan kerja. Ayah aku buat macam macam kerja untuk sara hidup kitorang anak beranak. Dari sejak sebelum kahwin lagi, ayah aku pandai jahit baju melayu dan sampai sekarang pon masih lagi mengambil upah kecil kecilan. selain kerja menjahit, ayah aku boleh repair kereta, bertukang dan macam macam lagi. Mak aku pulak surirumah sepenuh masa.

Jadi dorang upah jiran sebelah untuk hantar aku ke sekolah dan jemput aku balik setiap hari bersama dengan beberapa pelajar pelajar yang lain. Upah dibayar secara bulanan, kesian jugalah dekat dorang sebab terpaksa keluarkan duit untuk bayar upah kereta, itu tak termasuk belanja makan disekolah lagi. Kalau ada perkhidmatan bas atau van sekolah percuma macam yang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sediakan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) kan best!

Perkhidmatan bas sekolah percuma untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA)

Kredit gambar: www.hmetro.com.my
Beruntung jadi warga Wilayah Persekutuan ini sebab ada banyak kemudahan yang disediakan dan salah satunya adalah bantuan bas sekolah percuma untuk PPR dan PA. Kalau korang nak tahu, bantuan bas sekolah percuma ini adalah inisiatif positif dari DBKL untuk membantu pelajar pelajar ke sekolah dengan lebih mudah, selesa dan selamat. 

Kredit gambar: www.google.com
Sebanyak 165 buah bas disediakan untuk 74 PPR dan PA di sekitar ibu kota dan lebih dari 6500 pelajar menggunakan perkhidmatan bas percuma ini untuk ke sekolah. 
Program ini telah dilaksanakan sejak dari 3 Januari 2017 lagi dan kos yang diperuntukkan untuk seorang pelajar adalah sebanyak RM80 dan ia ditanggung sepenuhnya. Pelajar yang berdaftar perlu memakai pakaian seragam sekolah bagi membolehkan mereka menaiki bas sekolah percuma yang disediakan ini.

Aku sangat menyokong program program yang sebegini dan ia seharusnya diteruskan bagi membantu pelajar untuk lebih mudah ke sekolah dan pada masa yang sama dapat mengurangkan beban ibu bapa dari segi kewangan. Aku juga berharap program bantuan bas sekolah percuma ini akan dikembangkan lagi supaya mereka yang berada diluar kawasan juga dapat menikmati kemudahan ini tidak kira dimana sahaja mereka berada.

18 ulasan:

  1. Bagus program macam ni. Membantu golongan yang kurang berkemampuan. Semoga progran seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harapnya macam tuhlah sebab bantuan macam nih bagus untuk pelajar2 dan ibu bapa.

      Padam
  2. Bagus program macam ni. Membantu mereka yang memerlukan

    BalasPadam
  3. Bestnya...jeles la dengan wilayah. Awat depa banyak benefit la ni 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang best..byk kemudahan yang dorang dpt dan salah satunya bas percuma untuk pelajar nih la.

      Padam
  4. Bagus ada program Bas percuma tapi kenapa DBKL jew nak jugak kat tempat lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin baru permulaan kot..Insyaallah in future ada la tuh..hehe

      Padam
  5. Program yang benar-benar membantu golongan marhaen di bandar..

    BalasPadam
  6. bagus sangat ni, dah jimat bab pengankutan ke sekolah anak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang bagus sebab skg nih kalau naik bas yang bayar memang byk habis duit. ade bas nih boleh la jimat.

      Padam
  7. Percuma???? Wow.. baguslah, jimat duit ibubapa bayr tambang bas skolah setiap bulan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah percuma jer bas sekolah ini khas untuk pelajar yang tinggal di PPR dan PA area WP. memang jimat sgt :)

      Padam
  8. Bas sekolah sgt penting skrg ni...elok buat program macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau xpe..mmg penting..pelajar2 nak g sekolah pn senang..yang paling penting selesa dan selamat.

      Padam
  9. harap diteruskan usaha ini..yelah yuran bas sekolah pun skrg dah ratus2 kan

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..rezeki anak2 ti

    BalasPadam