Drama Aku Hanim

Drama Aku Hanim | Drama melayu baru yang bakal menemui penonton tidak lama lagi adalah Aku Hanim. Drama Aku Hanim yang diarahkan oleh Uzair Haqimy ini bersiaran pada setiap hari rabu dan khamis jam 9:00 malam bermula 6 September 2023 di saluran 104 (Astro Ria). 

Buat korang yang tidak dapat menonton di kaca televisyen, boleh tonton drama Aku Hanim secara online di laman sesawang atau aplikasi Astro Go.


Drama bersiri 16 episod terbitan JS Pictures Sdn Bhd ini dibintangi oleh ramai pelakon seperti Sofia Jane Dendroff, Jazmy Juma, Andy Teh, Norreen Iman, Elisya Sandha dan ramai lagi. 

Informasi Ringkas Tentang Drama Aku Hanim

Tajuk Drama : Aku Hanim
Saluran : Astro Ria Saluran 104
Tarikh Tayangan : Bermula 6 September 2023
Waktu Tayangan : Setiap hari Rabu dan Khamis, Jam 9:00 Malam
Pengarah : Uzair Haqimy
Terbitan : JS Pictures Sdn Bhd 
Pelakon : Sofia Jane Dendroff, Andy Teh, Norreen Iman, Elisya Sandha, Jaz Khan, Razzuan Rosli, Zizi Hazirah, Syaidatul Afifah dan ramai lagi

Sinopsis Drama Aku Hanim

Drama Aku Hanim mengisahkan tentang Hanim yang selalu didera oleh bapanya sendiri secara seksual dan cuba untuk mengubah hidupnya dengan melarikan diri dari rumah. Untuk menunjukkan potensi dirinya Hanim menyertai perlawanan Tinju tetapi dia perlu menghadapi pelbagai halangan untuk mencapai impiannya menjadi peninju yang hebat.
Terbaru Lebih lama