Senarai Drama Korea Yang Best Dan Menarik Bulan September 2023

Senarai Drama Korea Yang Best Dan Menarik Bulan September 2023 | Bulan baru, drama korea baru! Kita dah masuk bulan September 2023 dah sekarang ya. Cepat betul masa berlalu tapi buat peminat drama korea lain sikit sebab kitorang tertunggu tunggu bulan baru sebab bila masuk bulan baru semestinya akan ada banyak drama korea baru untuk ditonton.

Untuk bulan September 2023 ada banyak juga drama korea yang korang boleh tonton contohnya Twinkling Watermelon, Han River Police, Arthdal Chronicles 2 dan macam macam lagi. Yang pastinya kita akan dihidangkan dengan pelbagai genre drama dari romantik, rentas masa, fantasi, sejarah dan lain lain. 

Poster drama korea baru tayang bulan september 2023

Kalau korang suka tengok cerita romantik boleh tengok drama A Time Called You. Basically drama ini memang kisah cintalah tapi plot twistnya adalah "Time Travel". Menarik kan? tapi kalau korang suka tengok cerita yang berlatarbelakangkan zaman dahulu boleh tonton Arthdal Chronicles 2. Bila tengok trailer tuh nampak best tapi kena tonton season pertama dulu la dekat Netflix. 

Apa pun jom kita tengok senarai penuh drama korea yang bakal ditayangkan bulan September 2023. 

Senarai Drama Korea Yang Best Dan Menarik Bulan September 2023

No. Tajuk Drama Tarikh Tayangan Saluran
1
A Time Called You
8 September 2023 Netflix
2 Arthdal Chronicles 2 :
The Sword Of Aramun
9 September 2023 tvN
3 Han River Police 12 September 2023 Disney+
4
Twinkling Watermelon
25 September 2023 tvN
5 The Worst Of Evil27 September 2023 Disney+
6Song Of The Bandits 22 September 2023 Netflix
7 Escapes
15 September 2023 SBS
The Day
13 September 2023 ENA
Hyo Shim's Independent Life
16 September 2023 KBS2
10 
Strong Woman Gang Nam Soon
TBC JTBC
*Sebarang perubahan akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Terbaru Lebih lama