Drama Bukan Cinta Sempurna

Drama Bukan Cinta Sempurna | Buat penggemar drama bersiri yang ditayangkan di Astro, Korang akan dihidangkan dengan drama baru bertajuk Bukan Cinta Sempurna pada penghujung bulan Julai 2023 akan datang. Drama ini dibintangi oleh  Ayda Jebat  dan Fadlan Hazim sebagai teraju utama. 


Drama yang diarahkan oleh Azri Izhar dan MP Roslin MD Sharif ini juga turut dibintangi oleh beberapa pelakon lain lagi seperti Amar Baharin, Shah Iskandar, Emelda Rosemila, Neera Azizi dan ramai lagi. Drama Bukan Cinta Sempurna akan ditayangkan bermula hari Isnin akan datang, 31 Julai 2023 pada jam 6:00 Malam di Astro RIA. Selain itu, korang juga boleh menonton drama ini secara online di aplikasi atau laman sesawang Astro Go. 

Sinopsis Drama Bukan Cinta Sempurna

Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis miskin bernama Qistina yang bekerja di Ladang keluarga Luqman bersama ibunya. Selepas mengenali Luqman, Qistina mula jatuh cinta dan masalah timbul apabila keluarga luqman dan Aniq menabur fitnah terhadap Qistina dan ianya memberi kesan kepada hubungan percintaan mereka. 

Informasi Ringkas Tentang Drama Bukan Cinta Sempurna

Tajuk Drama : Bukan Cinta Sempurna
Saluran : Astro Ria
Tarikh Tayangan : Bermula 31 Julai 2023
Waktu Tayangan : Setiap hari Isnin hingga Jumaat, Jam 6:00 Petang
Pengarah : Azri Izhar dan MP Roslin MD Sharif
Terbitan : Global Station Sdn Bhd
Pelakon : Ayda Jebat, Fadlan Hazimdan, Amar Baharin, Shah Iskandar, Emelda Rosemila, Neera Azizi, Hanna Aqeela, Dato Ziela Jalil, Alif Hadi, Saidah Kamarudin, Nick Naim, Syazir Shafein dan ramai lagi.
Terbaru Lebih lama