Pemandangan Di Sungai Pergau Yang Cantik

Pemandangan Sungai Pergau Yang Cantik Di Jeli Kelantan | Hai korang! Dalam artikel sebelum ini aku ada kongsikan tentang kedai Kak Su Mee Udang Kale Aro yang terletak di Jeli Kelantan. Pengalaman makan disana sangat menarik kerana ianya berada berdekatan dengan Sungai Pergau. 

Sebaik sahaja selesai makan, aku mengambil keputusan untuk berjalan jalan di tepi sungai tersebut. Aku tak sangka pemandangan sungai pergau disitu sangat cantik dan airnya juga sangat bersih dan menenangkan. Aku tak pasti samada ianya boleh digunakan sebagai tempat beriadah tetapi sungai pernah di kawasan berdekatan kedai makan Kak Su Mee Udang Kale Aro berpotensi untuk dijadikan kawasan tarikan pelancong di Jeli Kelantan.

gambar Pemandangan Sungai pergau di jeli kelantan

Pemandangan Sungai pergau air bersih yang cantik di jeli Kelantan

Korang tengoklah sendiri! Pemandangan yang sangat cantik. Air yang sangat bersih masih belum tercemar dengan sampah sarap. Aku harap ianya akan kekal macam ini walau pun selepas diteroka. Sekarang ini ada beberapa tarikan pelancong yang ada di Jeli Kelantan yang berkaitan dengan air hehe contohnya lata kashmir, lalang resort, lata turbo dan banyak lagi. Adakh sungai pergau akan dijadikan seperti itu juga? 

Gambar pemandangan sungai pergau dengan langit biru yang cantik

Gambar pemandangan sungai pergau dengan langit biru yang cantik

Masih belum move on dengan kecantikan tempat ini. InsyaAllah kalau ada masa aku nak kesana lagi untuk jalan jalan dan makan mee udang yang sedap dekat kedai Kak Su Mee Udang. Lepas ini kena bawa kawan kawan dan family pula kot sebab sebelum ini pergi sendiri jer. 
Terbaru Lebih lama