Pengalaman Makan Mee Udang Di Kedai Kak Su Mee Udang Kale Aro Jeli Kelantan

Makan Mee Udang Special Di Kedai Kak Su Mee Udang Kale Aro | Pada hari isnin yang lepas kawan aku ada kongsikan tentang satu kedai mee udang yang sedap dan berbaloi untuk dicuba. Jadi, aku mengambil peluang yang ada untuk pergi dan cuba sendiri mee udang tersebut di Kedai Kak Su Mee Udang Kale Aro yang berada di Jeli.
 
Gambar kedai Kak Su Mee Udang Kale Aro Jeli

Kedai Kak Su Mee Udang Kale Aro ini tak besar tapi masih mampu memuatkan beberapa orang pelanggan pada satu satu masa. Menariknya, kedai mee udang ini berada berdekatan dengan Sungai Pergau. Jadi, kalau korang datang waktu petang untuk makan mee udang bolehlah tengok pemandangan air sungai yang cantik dan menenangkan. 

Gambar tempat duduk di dalam kedai Kak Su Mee Udang Kale Aro

Sebelum aku share apa yang akau makan, Jom kita tengok apa yang korang boleh order dekat sini. Menu wajib cuba dekat kedai Kak Su Mee Udang Kale Aro semestinya Mee Udang Special tetapi dorang juga menyediakan banyak menu lain yang korang boleh cuba. 

Gambar menu wajib cuba di Kedai Kak Su Mee Udang Kale Aro

Gambar Menu di Kedai Kak Su Mee Udang Kale Aro

Antara menu yang selalu orang order dekat sini adalah mee celup. Selain itu, korang juga boleh cuba makan mee goreng basah, nasi goreng daging, nasi air special dan banyak lagi. 

Gambar orang tengah makan nasi air di Kedai Kak su Mee Udang Kale Aro

Pengalaman Makan Mee Udang Di Kedai Kak Su Mee Udang Kale Aro Jeli Kelantan

Pertama kali makan dekat sini aku order Mee Udang Special! Untuk pengetahuan korang, untuk Mee Udang Specila dorang akan letak lebih kurang 8 ekor udang galah dan beberapa jenis lauk lain seperti ayam, daging dan telor.

Gambar udang galah dalam mee udang kedai kaksu mee udang Kale Aro

Gambar udang galah dalam mee udang kedai kaksu mee udang Kale Aro

Kebetulan sewaktu aku datang kedai ini kekurangan stok udang galah jadi dorang campur dengan udang biasa dan tambahkan lauk sotong. Memang puas hati makan mee udang dekat sini. Portion pun banyak. Untuk harga pula bagi aku sangat berpatutan. Mee udang special RM15 dan untuk mee udang biasa RM10. Buat korang yang order mee udang biasa pun dorang akan letak dalam 5 ekor udang galah tau.

Selain mee udang special aku berpeluang untuk cuba maggie sotong special. Memang sesuai untuk korang yang tak makan udang. Portion lauk pun banyak. Dalam maggie sotong special pun dorang akan letak lauk lain macam daging, ayam dan telur. 

Gambar sotong dalam maggie sotong special Kak Su Mee Udang Special Kale Aro

Gambar sotong dalam maggie sotong special Kak Su Mee Udang Special Kale Aro

Macam mana? Korang terliur tak tengok makanan dekat Kedai Kak Su Mee Udang Kale Aro? Kalau nak datang sini untuk mencuba sendiri masakan dorang. Korang boleh rujuk informasi dibawah. 

Kak Su Mee Udang Kale Aro

Lokasi/Alamat : Lorong Shahir, Kampung Jeli, 17600 Jeli, Kelantan.
*Untuk memudahkan korang mencari kedai ini. Gunakan waze atau google maps sahaja. Hanya perlu taip "Kak Su Mee Udang" dan korang akan dibawa ke destinasi yang betul.
Waktu Operasi : 11 Pagi hingga 7 Petang, Setiap hari kecuali Jumaat.
Nombor Telefon : 0179436583
Terbaru Lebih lama