Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Di Perak 2023
Jadual waktu berbuka puasa dan imsak di Negeri Perak ramadhan 2023 | Jadual waktu untuk berbuka puasa dan imsak sangat penting setiap negeri mempunyai beberapa zon dan daerah yang berbeza.
Jadi, khas buat warga Perak Darul Ridzuan dan mereka yang akan berada disana pada bulan ramadhan tahun 2023 aku nak kongsikan jadual waktu berbuka puasa dan imsak supaya korang dapat menyemak waktu berbuka dan imsak bulan ramadhan 2023 di daerah dan zon masing masing.
Untuk makluman kepada semua pembaca bulan ramadhan tahun ini kita akan menyambutnya bermula pada hari khamis tanggal 23 Mac 2023 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1444H. Berkenaan dengan jadual berbuka puasa dan imsak 2023 pula ianya dirujuk menggunakan laman sesawang rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Di Perak 2023 Mengikut Zon
Negeri Perak dibahagikan kepada tujuh (7) zon iaitu zon 1 (Tapah, Slim River dan Tanjung Malim), zon 2 (Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg Siput dan Kuala Kangsar), zon 3 (Pengkalan Hulu, Gerik dan Lenggong), zon 4 (Temenggor dan Belum).
Zon 5 (Teluk Intan, Bagan Datuk, Kg Gajah, Seri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor), Zon 6 (Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar) dan akhir sekali zon 7 (Bukit Larut)