Senarai Drama Dan Filem Best Di Netflix Bulan Mac 2023

Drama Dan Filem Di Netflix Bulan Mac 2023 | Cepat betul masa berlalu, lebih lebih lagi bulan februari sebab ada 28 hari sahaja. Pejam celik dah nak masuk bulan Mac. Filem dan drama yang ditayangkan untuk bulan lepas pun belum habis khatam sekarang kena masukkan cerita baru dalam list hehe. 

Poster filem dan drama netflix bulan mac 2023

Filem dan drama apa agaknya yang menarik untuk ditonton pada bulan Mac? Kita mulakan dengan filem dahulu. Ada tak pembaca luqman zakaria yang suka tengok drama thai Love Destiny yang pernah disiarkan pada tahun 2018? Kalau ada, mesti korang tahu tentang filem Love Destiny The Movie yang ditayangkan di pawagam pada tahun lepas. Filem tersebut kini boleh ditonton menerusi Netflix pada bulan Mac akan datang.

Gambar pelakon filem love destiny the movie akan datang di netflix bulan mac

Selain itu, kita juga akan dihidangkan dengan beberapa filem melayu seperti Jwanita, Seratus dan juga Takut Ke Tak. Buat peminat cerita hindi, filem Chor Nikal Ke Bhaga lakonan John Abraham dan Yami Gautam akan ditayangkan di Netflix pada 24 Mac 2023.

Poster tiga filem di Netflix bulan mac 2023

Menerusi slot drama pula kita akan dapat menonton drama korea yang ditunggu ramai orang iaitu The Glory bahagian 2 yang akan disiarkan pada 10 Mac. Selain The Glory, peminat drama korea boleh menonton drama korea terbaru yang bertajuk Divorce Attorney Sin. Tak lupa juga dengan drama bersiri kegemaran ramai iaitu Riverdale season 7 dan You Season 4 bahagian 2 turut dijadualkan tayangannya pada bulan Mac. 

Untuk senarai penuh drama dan filem di Netflix pada bulan mac 2023, korang boleh rujuk jadual yang aku kongsikan dekat bawah. 

Senarai Drama Dan Filem Best Di Netflix Bulan Mac 2023

No. Tajuk Drama Tajuk Filem Tarikh Tayangan
1
Divorce Attorney Shin

4 Mac 2023
2 Unlock My Boss
7 Mac 2023
3 You : Season 4 PART 2
9 Mac 2023
4
The Glory PART 2

10 Mac 2023
5 Rana Naidu
10 Mac 2023
6 Shadow and Bone : S2
16 Mac 2023
Informa : S1

17 Mac 2023
Maestro In Blue

17 Mac 2023
9
The Night Agent

23 Mac 2023
10 From Me To You :
Kimi Ni Todoke

30 Mac 2023
11 Riverdale : S7
30 Mac 2023
12
Unstable

30 Mac 2023
13 Copycat Killer
31 Mac 2023
14
Love Destiny The Movie 1 Mac 2023
15 

Seratus 3 Mac 2023
16 

Luther : The Fallen Sun 10 Mac 2023
17
Jwanita 17 Mac 2023
18 

The Magician's Elephant 17 Mac 2023
19 

Chor Nikal Ke Bhaga 24 Mac 2023
20 

Kill Boksoon 31 Mac 2023
21
Murder Mystery 2 31 Mac 2023
22 

Takut Ke Tak 31Mac 2023
23 

Furies 31 Mac 2023

Terbaru Lebih lama