Drama Imam Instant Ustazah Scammer

Drama Imam Instant Ustazah Scammer | Untuk pengetahuan korang, pada bulan Mac akan datang ada satu drama baru yang menggandingkan Mira Filzah dan Hun Haqeem sebagai teraju utama akan ditayangkan. Drama yang aku maksudkan adalah drama Imam Instant Ustazah Scammer. Lain macam betul tajuk dia kan? hehe.


Drama Imam Instant Ustazah Scammer arahan Hadith Omar ini akan disiarkan di saluran Astro Ria bermula 5 Mac 2023 pada setiap hari ahad jam 9:00 malam. Selain itu, korang juga boleh menonton drama ini secara atas talian menggunakan Astro Go. 

Selain Hun Haqeem dan Mira Filzah, drama ini turut dimeriahkan oleh beberapa pelakon lain seperti Rozita Che Wan, Azza Elite dan Mierul Aiman.

Sinopsis Drama Imam Instant Ustazah Scammer

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Effa yang dikejar oleh ahlong kerana mempunyai banyak hutang. Demi untuk menulaskan hutang tersebut Effa sanggup menipu orang ramai tentang latar belakang dirinya dan menyamar sebagai Ustazah. 

Di sebuah kampung, Effa terjumpa dengan seorang influencer yang  menjadi seorang imam kerana viral dengan suaranya yang merdu ketika mengaji. Pelbagai kejadian yang menarik berlaku dalam drama ini. Jadi, kalau korang nak tahu kenalah tengok drama ini pada bulan Mac akan datang.

Informasi Ringkas Tentang Drama Imam Instant Ustazah Scammer

Tajuk Drama : Imam Instant Ustazah Scammer
Saluran : ASTRO Ria
Tarikh Tayangan : Bermula 5 Mac 2023
Waktu Tayangan : Setiap hari ahad, Jam 9:00 malam
Pengarah : Hadith Omar
Terbitan : Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon : Mira Filzah, Hun Haqeem, Rozita Che Wan, Hawa Rizwana, Dato Jalaludin Hassan dan ramai lagi. 
Terbaru Lebih lama