Drama One Cent Thief

Pada tahun ini kita dihidangkan dengan beberapa drama menarik menerusi slot Astro Originals seperti Kuasa, Histeria The Series dan Murder By Moonlight. Selepas tamatnya drama Murder By Moonlight pada 19 September 2022, Astro Originals kembali lagi dengan drama baru bertajuk One Cent Thief yang diinspirasikan oleh kisah benar yang berlaku di Malaysia suatu ketika dahulu.


Bermula 8 Oktober 2022, kita sudah boleh menonton drama One Cent Thief menerusi saluran Astro Ria, Astro Shuang Xing, Astro Vinmeen dan Primetime pada Jam 9 Malam. Drama ini dibintangi oleh ramai pelakon yang dikenali ramai seperti Syafiq Kyle, Faizal Hussien, Azira Shafinaz, Sofia Jane dan Amerul Affendi.

Sinopsis Drama One Cent Thief

Drama One Cent Thief diinspirasikan oleh kisah sebenar dimana seorang pekerja bank menjadi jutawan dengan mencuri 1 sen dari setiap akaun pelanggan bank tanpa dikesan. Watak utama dalam drama ini adalah Iman Syah yang dipegang oleh Syafiq Kyle.

Informasi Ringkas Tentang Drama One Cent Thief

Tajuk Drama : One Cent Thief (8 Episod)
Saluran : Astro Ria, Astro Shuang Xing, Astro Vinmeen dan Primetime
Tarikh Tayangan : Bermula 8 Oktober 2022
Waktu Tayangan : Setiap hari Sabtu Jam 9:00 Malam
Pengarah : Ariff Zulkarnain
Terbitan : Astro Shaw Sdn Bhd & Independant Pictures
Pelakon : Syafiq Kyle, Faizal Hussien, Azira Shafinaz, Sofia Jane, Amerul Affendi, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan dan ramai lagi

Tonton Trailer Rasmi Drama One Cent Thief 

Terbaru Lebih lama