Senarai Drama Korea Best Dan Menarik Bulan Oktober 2022

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum bulan september 2022 melabuhkan tirainya. Terdapat banyak drama korea yang ditayangkan pada bulan september antaranya adalah Golden Spoon, May It Please The Court, Blind, Love In Contract dan banyak lagi.


Bagaimana pula dengan bulan Oktober 2022? 

k drama 2022

Kalau korang nak tahu, untuk bulan oktober 2022 kita akan dihidangkan dengan banyak drama korea yang mungkin akan menjadi kegemaran ramai orang contohnya macam Queen's Umbrella, Glitch, Game of Witches, Bad Prosecutor dan banyak lagi. 

Senarai Drama Korea Best Dan Menarik Bulan Oktober 2022

 1. Cheer Up 

Drama korea bertajuk Cheer Up dibintangi oleh Han Ji-Hyun yang pernah berlakon dalam drama korea popular Penthouse dan digandingkan dengan Bae In-Hyuk yang pernah membintangi drama Why Her. Drama arahan Han Tae-Soeb ini akan ditayangkan di SBS menggantikan drama Woori The Virgin bermula 3 Oktober 2022 pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 10:00 malam. 

 

Drama Korea Cheer Up mengisahkan tentang seorang pelajar Universiti Yeonhee yang mempunyai masalah kewangan bernama Do Haei-Ri. Disebabkan oleh itu, dia menyertai Cheering Squad Teyia. Selepas menyertai squad tersebut Do Hae-Ri mengenali ramai orang termasuklah Park Jung-woo, Jin Sun-Ho dan ramai lagi.

2. Bad Prosecutor 

Drama arahan Kim Sung-Ho bertajuk Bad Prosecutor dilakonkan oleh Do Kyung-Soo sebagai teraju utama. Drama ini akan ditayangkan di KBS2 bermula 5 Oktober 2022 pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 9:50 malam menggantikan drama If You Wish Upon Me. 


Bad Prosecutor adalah tentang seorang pendakwa bernama Jin Jung yang tidak menghiraukan protokol sewaktu menjalankan kerjanya tetapi dia adalah seorang yang baik dan sentiasa bersama dengan orang yang lemah untuk membantu mereka melawan kejahatan.

3. Love Is For Suckers

Drama korea Love Is For Suckers atau Love That Will Freeze To Death akan ditayangkan di saluran ENA bermula 5 Oktober 2022 pada jam 9:00 malam menggantikan drama sebelum ini bertajuk Good Job. Drama ini diterajui oleh Lee Da-Hee dan Choi Si-Won.


Love Is For Suckers menceritakan tentang seorang wanita bernama Gu Yeo-Reum yang bekerja sebagai TVprogram director atau PD yang bekerja keras menghasilkan rancangan baru bertajuk Kindom Of Love. Dia hidup berjiran dengan Park Jae-Hun yang merupakan kawannya sejak 20 tahun yang lalu. 
Jalan cerita drama ini menjadi lebih menarik apabila Park Jae-Hun berhenti dari menjadi Doktor dan menyertai rancangan realiti Kingdom Of Love.

4. Yonder

Yonder adalah salah satu drama korea yang akan ditayangkan di online streaming platfrom TVING. Drama yang dibintangi oleh Shin Ha-Kyun dan Han Ji-Min ini akan disiarkan bermula 14 Oktober 2022 akan datang.


Yonder adalah drama korea yang berlatarbelakangkan tahun 2032 dimana terdapat satu tempat yang dimanakan "Yonder". Ianya adalah tempat yang wujud antara hidup dan mati. Drama ini bermula apabila Jae-Hyun menerima pesanan video dari arwah isterinya Yi-Hu dimana dalam video tersebut Yi-Hu menyuruh suaminya datang ke Yonder untuk bertemu dengannya. 

5. Glitch

Drama 10 episod ini akan ditayangkan menerusi online streaming platform Netflix bermula 7 Oktober 2022 akan datang. Drama Glitch dibintangi oleh Jeon Yeo Bin, Nana, Lee Dong-Hwi, Ryoo Kyung-Soo dan ramai lagi. 


 Drama Glitch mengisahkan tentang teman lelaki Hong Ji-Hyo yang hilang akibat dari cahaya yang tidak dikenalpasti. Dengan bantuan ahli kumpulan UFO, Hong Ji-Hyo cuba menjejaki dan mencari teman lelakinya yang telah hilang itu.

6. The Queen's Umbrella

Drama The Queen's Umbrella akan mula bersiaran di saluran tvN bermula 15 Oktober 2022 menggantikan drama Little Women dimana drama ini dibintangi oleh Kim Hye-Soo yang pernah berlakon dalam banyak drama bersiri sebelum ini seperti Revenge and Passion, The Queen Of Office, Juvenile Justice dan Signal.


The Queen's Umbrella mengisahkan tentang Hwaryeong seorang permaisuri yang mempunyai beberapa orang anak yang nakal.Permaisuri Hwaryeong berjuang untuk membesarkan anak anaknya menjadi putera yang taat dengan memberikan pendidikan. 

7. May I Help You

Drama korea bertajuk May I Help You akan ditayangkan di saluran MBC bermula 19 Oktober 2022 pada hari Rabu dan Khamis jam 9:50 malam menggantikan drama On The Verge Of Insanity. Drama ini dibintangi oleh Hyeri, Lee Jun-Young dan ramai lagi.

Drama May I Help You mengisahkan tentang gadis bernama Baek Dong-Ju yang memiliki kemampuan untuk berbicara dengan orang yang sudah meninggal dunia. Orang yang sudah meninggal tersebut meminta Baek Dong-Ju mengabulkan permintaan terakhir mereka. 
Terbaru Lebih lama