Tonton Filem Indonesia KKN Di Desa Penari Di disney+ Hotstar Malaysia

KKN Di Desa Penari adalah filem seram Indonesia tahun 2022 yang diarahkan oleh Awi Suryadi. Filem KKN Di Desa Penari dibintangi oleh Tissa Baini, Adinda Thomas, Achmad Megantara dan ramai lagi. Filem ini ditayangkan di pawagam indonesia bermula pada 30 April 2022 dan di Malaysia pula 12 Mei 2022. 

Tonton Filem Indonesia KKN Di Desa Penari Di disney+ Hotstar Malaysia

Filem KKN Di Desa Penari mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari penonton dan menjadi viral di media sosial. Menurut laman sesawang wikipedia, penerimaan filem ini sangat bagus sehingga memecahkan rekod sebagai filem seram Indonesia terlaris mengalahkan Pengabdi Setan yang pertama.

KKN Di Desa Penari Indonesia

Berita baik untuk korang yang belum pernah atau tidak sempat menonton KKN Di Desa Penari di pawagam baru baru ini, korang boleh langgan Disney+ Hotstar Malaysia kerana filem KKN Di Desa Penari akan ditayangkan di aplikasi/website tersebut tidak lama lagi.

Selain KKN Di Desa Penari, filem Indonesia yang popular seperti Ku Kira Kau Rumah juga akan ditayangkan di Disney+ Hotstar Malaysia. Jom langgan sekarang untuk tengok banyak lagi filem dan drama yang menarik. 
Terbaru Lebih lama