Cara Memohon Pengeluaran Khas KWSP RM10000

Cara Memohon Pengeluaran Khas KWSP RM10000 | Bagi Rakyat Malaysia yang ingin membuat permohonan untuk pengeluarkan wang KWSP mereka boleh berbuat demikian bermula pada 1 April 2022 sehingga 30 April 2022

Kesan daripada pandemik Covid-19 menyebabkan ramai Rakyat Malaysia mengalami masalah kewangan. Jadi, dengan Pengeluaran Khas ini pastinya dapat membantu mereka untuk membeli barangan keperluan harian dan lain lain.

Untuk entry kali ini aku nak kongsikan cara cara untuk memohon Pengeluaran Khas KWSP RM10000 atau kurang dari nilai tersebut. 

Cara Memohon Pengeluaran Khas KWSP

1. Perkara pertama yang korang perlu buat adalah dengan melayari laman sesawang khas yang disediakan https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
2. Klik butang "MOHON SEKARANG" untuk membuat permohonan.


3. Masukkan nombor kad pengenalan.
4. Masukkan nombor telefon yang  masih aktif.
5. Semak untuk pastikan semuanya betul dan tekan butang TERUSKAN.


6. Tunggu Nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang anda masukkan. 
7. Masukkan Nombor OTP tersebut. 
8. Tekan butang SAHKAN NOMBOR OTP.


Seterusnya korang perlu masukkan jumlah pengeluaran yang diinginkan. Pastikan semua maklumat yang diberikan tepat dan betul supaya tiada masalah dikemudian hari. Untuk cara cara memohon Pengeluaran Khas KWSP yang lebih lengkap korang boleh rujuk gambar dibawah.


Bagi yang tertanya tanya samada mereka yang pernah memohon i-sinar, i-Lestari dan i-Citra sebelum ini boleh memohon Pengeluaran Khas atau tidak? Jawapannya adalah Ya. Korang masih layak memohon Pengeluaran Khas dan seperti yang telah dinyatakan ianya tertakluk kepada baki akaun 1 dan akaun 2 dan juga amaun kelayakan. 

Amaun pengeluaran minimum adalah RM50 dan maksimum adalah RM10,000. 

Bayaran Pengeluaran Khas akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya tidak mencukupi, simpanan akaun satu akan digunakan.

Perlu diingatkan, baki dalam akaun 1 perlu ditinggalkan sekurang kurangnya RM100 selepas pengeluaran dilakukan. Jadi, sebelum membuat permohonan, pastikan korang semak jumlah simpanan yang ada dan buat pengiraan terlebih dahulu untuk mengelak dari sebarang masalah. 

Untuk pengetahuan korang, pembayaran Pengeluaran Khas KWSP akan dibuat mulai 20 April 2022. Kiranya dalam bulan puasa lagi la kan. InsyaAllah boleh gunakan sebahagian duit tersebut untuk persiapan raya ke kan. 

Apa pun semoga permohonan Pengeluaran Khas KWSP korang diluluskan dengan jayanya. 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama