Sarapan Pagi Di Pok Nasir Ikan Dan Ayam Bakar di Machang Kelantan

Sarapan Pagi Di Pok Nasir Ikan Dan Ayam Bakar di Machang Kelantan | Plan asal nak sarapan pagi dekat kedai lain tapi malangnya kedai tuh tutup jadi kitorang decided untuk makan dekat Pok Nasir Ikan Dan Ayam Bakar di Machang. Kalau korang nak tahu, Pok Nasir Ikan Dan Ayam Bakar sebenarnya dari Besut Terengganu dan kedai di Machang merupakan cawangan mereka yang ke 4. 



Kalau dah ada sampai empat cawangan mestilah ramai orang yang suka makan dekat Pok Nasir Ikan dan Ayam Bakar nih. Waktu kitorang sampai pun memang ada beberapa orang pelanggan tengah makan. 




Antara lauk yang ada dekat sini adalah ikan keli bakar, ayam bakar, ikan patin bakar dan beberapa jenis lagi yang tak sempat aku nak ambil gambar. Harga pulak aku tak ingat semua tapi untuk ayam dan ikan keli bakar RM3 satu. Kalau ikan Patin tuh rasanya lebih mahal la kan. 



Boleh tahan sedap juga guys! Patutlah ramai orang makan dekat sini. Selain nasi, dorang juga ada jual kuih muih. Jadi, kalau korang ke area Machang tapi tak tahu nak breakfast dekat mana bolehlah datang Pok Nasir Ikan dan Ayam Bakar. Kalau nak pergi Besut tuh jauh sangat kan hehe.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama