Bazaar Ramadhan di Machang Jadi Tumpuan Sampai Susah Nak Jalan

Bazaar Ramadhan di Machang Jadi Tumpuan Sampai Susah Nak Jalan | Dalam entry yang lepas aku ada kongsikan tentang pengalaman aku ke bazaar ramadhan di bandar tanah merah kelantan. Jadi, untuk kali ini aku nak bawa korang ke bazaar di bandar machang pulak. 


Keadaan di bazaar ramadhan Machang sangat berbeza dengan bazaar ramadhan di tanah merah. Belum sampai lagi ke bazaar aku dah mengalami kejadian yang tak diingin iaitu "jammed" tapi alhamdulillah aku sampai di area bazaar dengan selamat dan aku terpaksa parking jauh sikit sebab kereta terlalu banyak dan keadaan dalam bazaar pun penuh dengan orang.


Beginilah keadaan dalam bazaar ramadhan di Machang korang. Nak ambil gambar pun agak struggle sikit tapi aku berjaya dapatkan beberapa keping gambar dan video untuk dikongsikan dengan korang semua. 






 Sambil menaip nih pun boleh terliur tengok gambar tapi tujuan perkongsian ini untuk bagitau korang apa yang dorang jual hahaha. Hari tuh masa pergi teringin nak beli ketupat sotong sebab nampak menyelerakan tapi tak nak membazir kita tangguh dulu. 

Korang boleh tengok video yang aku kongsikan dekat bawah nih jugak kalau nak tengok dengan lebih details. Hari tuh kelam kabut dengan nak ambil video, nak ambil gambarnya. Aku harap perkongsian aku nih bermanfaatlah untuk korang ya. Mana tahu korang tak tahu nak beli makanan dekat mana untuk berbuka puasa boleh datang bazaar ramadhan di bandar machang.
Terbaru Lebih lama