Buffet Ramadan Murah & Sedap di Puchong | Lugar De La Boda @ Puchong

Buffet Ramadan Murah & Sedap di Puchong | Lugar De La Boda @ Puchong | Restoren atau tempat berbuka puasa yang menyediakan makanan yang lazat dengan harga yang berpatutan sering kali menjadi pilihan ramai sepanjang bulan ramadan. Jadi, untuk kali ini saya nak kongsikan salah satu tempat berbuka puasa yang menghidangkan makanan yang sedap dan harga yang dikenakan juga sangat murah. 

Buka Puasa tahun 2021 di Lugar De La Boda @ Puchong

Untuk pengetahuan semua, Lugar De La Boda adalah dewan perkahwinan yang diuruskan oleh Hanana Group Sdn Bhd. Mereka yang berminat untuk mengadakan majlis perkahwinan di sini sangat dialu alukan sebab dewan yang diuruskan oleh mereka sangat cantik dan berpatutan. 

Buffet Ramadan murah sedap di Puchong

Selain majlis perkahwinan, mereka juga menggunakan dewan ini sebagai tempat berbuka puasa dimana korang boleh mencuba lebih 60 jenis pilihan makanan yang cukup lengkap dari pembuka selera hingga pencuci mulut. 

Menu berbuka puasa di Lugar De La Boda @ Puchong

Untuk menu utama, Lugar De La Boda menyediakan pelbagai jenis lauk pauk yang boleh dimakan bersama dengan nasi. Antara hidangan lauk pauk  yang bakal membuatkan korang rambang mata bila berbuka puasa dekat sini adalah :
  • Ayam Goreng Berempah
  • Daging Gulai Kawah
  • Ayam Masak Merah
  • Daging Masak Hitam
  • Ikan Masin Masak Lemak Cili Padi bersama Nenas
  • Sambal Kerang
  • Sayur Masak Lemak Pucuk, Suhun dan Ubi Kentang
  • Ikan Goreng Cili Padi
  • Kupang Goreng Pedas
  • Lala Halia
  • Sambal Sotong
  • Sayur Goreng Campur
Buffet ramadan Sedap Murah di Puchong
buffet ramadan murah sedap di Puchong
Buffet Ramadan murah sedap Puchong
Buffet Ramadan Murah Sedap Puchong

Tak nak makan nasi putih? Korang boleh cuba Nasi Beriani yang boleh dimakan dengan Ayam Mediterrranean (Braised Chicken with Tomato Herbs) bersama Dalca Sayur, Acar Buah dan Pajeri Nenas.

Selain itu, mereka juga membuka 10 stall di kawasan luar dewan yang meyediakan makanan yang sangat best dan sedap! Antaranya adalah :
  • Roti John Adik Manis
  • Char Kuew Tiaw Abang Tanjung
  • Air Balang Pasar Malam
  • ABC Mountain
  • Kambung Grill Hanana dan Blackpepper Sauce
  • Dim Sum Cheng Ho
  • Aiskrim Corner
  • Noodle Station
Buffet Ramadan Murah sedap Puchong
Buffet Ramadan Murah Sedap Puchong
Buffet Ramadan Murah Sedap Puchong
buffet ramadan murah sedap puchong

Banyak betul pilihan makanan yang ada dekat Lugar De La Boda kan? Saya sendiri pun pening tak tahu nak makan yang mana sebab semuanya sedap! Tak cukup dengan makanan berat, Mereka juga menghidangkan pencuci mulut yang sangat menyelerakan. Mana boleh tolak kalau pencuci mulut. betul tak? Berikut adalah beberapa jenis pencuci mulut yang ada dekat sini.
  • Bubur Jagung bersama Sagu
  • Pengat Pisang
  • Bubur Kacang Hijau 
  • Bubur Pulut Hitam
  • Kuih Muih Melayu
  • Pelbagai perisa Dadih
  • Kek
  • Jelly
  • Koktail
  • Buah Buahan Tempatan
buffet ramadan murah sedap puchong
Buffet ramadan murah sedap puchong
Buffet Ramadan Murah Sedap Puchong
Buffet Ramadan Murah Sedap Puchong

Percaya tak kalau saya cakap yang korang boleh makan semua ini dengan harga bawah RM100? Macam tak logik kan tapi itulah kenyataannya. Korang boleh tengok sendiri poster yang dikeluarkan oleh team Hanana Group Sdn Bhd dekat bawah ini. 

Buffet ramadhan sedap dan murah 2021


Harga Buffet Ramadan di Lugar De La Boda @ Puchong

Harga Bufet Ramadan 2021 Di Lugar De La Boda @ Puchong adalah seperti yang tertera.

Tarikh : 16 April 2021 - 9 Mei 2021 dari 6.30 petang hingga 10.30 malam
Dewasa - RM79 
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM59 
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM59
1 Meja (8 Pax) - RM632

Early Bird Offer! 
Wah! Harga asal pun dah murah tapi korang boleh dapatkan dengan harga lagi murah kalau beli voucher buffet ramadhan di Lugar De La Boda sebelum 12 April 2021.
Dewasa - RM59
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM30
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM30
1 mEJA (8 Pax) - RM450

Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Bufet Ramadhan Di Lugar De La Boda, sila klik pada link ini

Alamat - WAZE
Lugar De La Boda 
Persiaran Tasik Prima 4, 
Lake Vista, 
47100 Puchong, 
Selangor.

Website
Terbaru Lebih lama