Misi Mencari Green Tea Akhirnya berhasil | Ahmad Tea Pilihan Saya | Korang suka minum green tea tak? Saya pernah kongsikan satu entry berkaitan dengan green tea sebelum ini tapi dah lama sangat. Dalam artikel tersebut saya berkongsi tentang kebaikan yang kita akan dapat dengan mengamalkan green tea. 


Tapi untuk kali ini saya nak kongsikan tentang salah satu jenama green tea yang saya gunakan iaitu Ahmad Tea. Kalau kita tengok dekat pasaran memang ada banyak jenama yang mengeluarkan minuman teh hijau tapi kenapa saya suka dengan Ahmad Tea?

Green Tea Jenama Ahmad Tea

Saya ada kongsikan dalam salah satu blog post yang saya pernah cuba minum green tea dari jenama lain tapi malangnya rasa dia tidak menepati citarasa saya.

Minum green pun nak kena ikut citarasa ke?

Dari awal lagi saya dah tahu kalau nak minum green tea kena tabah sikit sebab rasa dia tak akan sama macam teh biasa yang kita minum. Lagipun saya minum green tanpa gula. Rasanya semua orang pun sama je kan.

Ke ada diantara kita yang minum green tea dengan gula?

Bukan ke rasa green tea sama je?

Jawapan saya adalah tidak! Korang pernah tak ke sushi king? Saya bukanlah penggemar Sushi tapi saya suka green tea yang dijual disana. Tak tahulah dorang guna brand apa tapi alhamdulillah saya boleh minum dengan jaya.

Nak cakap green tea minuman tuh kegemaran memang tidak sama sekali tapi disebabkan oleh kebaikannya saya cuba untuk minum tapi susah nak cari yang sesuai sampailah Ahmad Tea muncul.

Ahmad tea jenama teh sedap

Sedap sangat ke green tea dari Ahmad Tea?

Ramai yang tak suka minum green tea disebabkan oleh rasa pahit dia yang agak kuat. Green Tea dari Ahmad Tea pun still rasa pahit jugak tapi ianya "tolerable" dimana saya masih boleh minum sampai habis.

Tak ada sebab yang istimewa pun yang membuatkan saya suka dengan Ahmad Tea, cukup sekadar dapat minum sampai habis dan boleh mengamalkannya tanpa ada apa apa masalah.

Macam mana pula dengan korang? Kongsikan jenama green tea yang korang selalu minum dekat bahagian komen. Nanti bolehlah saya cuba nanti. Manalah tahu nanti tiba tiba rasa nak tukar jenama lain pulak kan.  

4 Comments

  1. Heyyy sama..i dr dulu suka Ahmad Tea tp green tea dia kadang i suka amik yg jasmeen..dap..

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Takdela hemar sangat. Tapi sebab kebaikan kita on. Ok juga ahmad tea ni. Awktak nak keluarkan produk tea ke lps ni?

    ReplyDelete
  3. Errr.. Eza just suka sangat green tea kat sushi king je. Sebab dia dah sedia sedap dan Eza boleh minum terus. Hihi!

    ReplyDelete
  4. Ramai cakap.. yang Ahmad punya ni sedap... sy x pernah try.. sy banyak kali belinjenis cleanx tea tu... biasa je.. tapi dah niat nak detox... memang akan telan walau apa cara sekalipunn.. haha

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post