Sesi Persekolahan Tahun Baru 2021 |  Baru baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk menutup semua sekolah dan akan dibuka semula pada tahun depan (2021).

Tarikh pembukaan rasmi bagi sesi persekolah tahun 2021 untuk seluruh negeri adalah seperti yang tertera.

Sekolah dibuka Semula 2021

Menurut Dr. Radzi Jidin yang merupakan Menteri Kanan (Pendidikan), sesi persekolahan untuk tahun 2021 adalah pada hari rabu, 20 Januari 2021.

Semua murid sekolah rendah akan memulakan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka (face to face) pada tarikh tersebut.

Begitu juga dengan Pelajar tingkatan 1, 4, 5 & 6 termasuk semua murid Kolej Vokasional, mereka akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada tarikh yang sama.

Tetapi untuk pelajar tingkatan 2 & 3, mereka akan belajar secara home-based learning mengikut kesesuaian guru dan murid. Mereka juga akan kembali ke sekolah untuk pembelajaran secara bersemuka tetapi ianya sedikit lewat berbanding pelajar lain iaitu pada 8 Mac 2021.

Takwim persekolahan untuk tahun 2021 juga telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Korang boleh tengok jadual dibawah untuk rujukan.

Takwim Persekolahan Tahun 2021

Sekolah dibuka semula 2021
Sekolah dibuka semula 2021

Pastinya ramai pelajar diluar sana yang tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan tahun 2021. Suasana pembelajaran secara home-based learning semestinya sangat berbeza dengan pembelajaran secara bersemuka.

Satu cabaran yang cukup berbeza untuk murid dan juga tenaga pengajar. Satu pengalaman yang menarik tetapi saya harap dugaan yang kita semua hadapi ini akan berakhir dengan cepat supaya sesi pembelajaran dapat diteruskan dengan lancar.

Rujukan :

  1. https://www.moe.gov.my/takwim/takwim-sekolah-2021
  2. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/639446/sesi-persekolahan-2021-mula-20-januari

2 Ulasan

  1. Bagus la artikel ni. Btw bagus la sekolah dah buka semula 2021 sian anak2 2020 sepanjang thn x sekolah

    BalasPadam
  2. Lama lagi la sekolah buka. Hihi. Boleh spend masa dengan keluarga dulu :)

    BalasPadam

Catat Komen

Lebih baharu Lebih lama