D'Baroh! Kedai Makan Tepi Sawah Yang Menarik di Pasir Puteh Kelantan

D'Baroh! Kedai Makan Tepi Sawah Yang Menarik di Pasir Puteh Kelantan | Dah lama rasanya tak kongsikan mengenai tempat makan yang wajib korang singgah di Kelantan. Disebabkan oleh keadaan yang tidak mengizinkan, program  mencari kedai makan yang best tergendala sekejap.

Kedai Makan Wajib Singgah di Kelantan

Kedai makan yang saya nak kongsikan untuk kali ini adalah D'Baroh yang terletak di Selising Pasir Puteh Kelantan. Lokasi kedai yang dibuka berdekatan dengan sawah padi ini sangat menarik kerana ianya dipenuhi dengan dekorasi yang sangat Insta-Worthy.

Apa Yang Menarik di Kedai Makan D'Baroh?

Bercakap tentang dekorasi, saya sangat tertarik dengan alatan alatan yang digantung pada atap kedai. Ianya dipenuhi dengan gendang, gong, lampu pelita gasolin dan lain lain lagi. 

Kedai Makan Wajib Singgah di Kelantan
Kedai Makan Wajib Singgah di Kelantan

Kedai seperti ini memang sangat menarik untuk korang "hang out" bersama sama keluarga dan kawan kawan. 

Korang boleh memilih untuk makan didalam kedai atau dibahagian luar kerana konsep kedai makan D'Baroh sangat simple dan open dimana korang boleh menikmati makanan sambil melihat pemandangan sekeliling dengan lebih jelas. 

Kedai Makan Wajib Singgah di Kelantan
Kedai Makan Wajib Singgah di Kelantan

Kedai makan D'Baroh dibuka seawal jam 7 pagi dimana korang boleh datang sarapan pagi dengan nasi berlauk. Dorang juga menyediakan pelbagai jenis masakan berasaskan sup contohnya,
  • Kuey Teow Sup
  • Mee Sup
  • Meggi Sup
  • Bihun Sup
  • Sup Tulang
  • Sup Daging
  • Sup Perut
  • Sup Belut
 Selain itu, salah satu menu yang korang boleh cuba makan dekat sini adalah roti bakar telur gedik.

Kedai Makan Wajib Singgah di Kelantan
Kedai Makan Wajib Singgah di Kelantan

Alhamdulillah kenyang makan bihun sup! Sejujurnya menu yang saya makan sewaktu datang ke D'Baroh ini memang sedap. Mungkin lepas ini kalau ada peluang lagi untuk datang makan dekat sini, nak datang waktu pagi pulak sebab nak cuba makan sarapan pagi.

Kedai makan ini sebenarnya ada potensi yang sangat baik sebab lokasinya yang berdekatan dengan sawah padi adalah salah satu tarikan menarik. Lebih lebih lagi kalau padi menghijau! Mesti pemandangan akan jadi sangat cantik.

Saya berharap lepas ini kalau makin ramai pelanggan datang, bolehlah upgrade lagi kedai dengan lebih baik. Jangan salah faham, buat masa sekarang ini kedai ini memang cantik tapi kalau dorang tambah baik lagi insyaAllah akan menjadi salah satu tarikan menarik untuk kunjungan orang ramai.

Kedai Makan D'Baroh
Kampung Jerus, Selising Pasir Puteh Kelantan
Jalan Bukit Akar - Kok Lanas 
*Terletak di sebelah kanan selepas lampu isyarat jalan menuju ke Kolej Matrikulasi Kelantan
Terbaru Lebih lama