Apa Yang Menarik Di Crystal Lodge Kota Bharu Kelantan

Apa Yang Menarik Dengan Crystal Lodge di Kota Bharu Kelantan? | Datang bercuti di Kota Bharu Kelantan tapi tak tahu nak menginap di hotel mana? Saya cadangkan korang booking Crystal Lodge yang berada di Bandar Kota Bharu.

Pengalaman Menginap di Crystal Lodge Kota Bharu

Kenapa Crystal Lodge?

Inilah topik yang kita nak bincangkan dalam artikel kali ini. Saya pernah menginap di Crystal Lodge selama dua hari satu malam & berpeluang untuk melihat sendiri kemudahan yang ada. 

Antara Kemudahan Yang Ada Di Crystal Lodge Kota Bharu Kelantan

Dibawah ini saya senaraikan beberapa kemudahan yang ada di Crystal Lodge.
  1. Menawarkan pelbagai jenis bilik dengan harga yang berpatutan.
  2. Ruang letak kenderaan yang luas dan selamat.
  3. Tempat makan sarapan pagi yang selesa (Indoor & Outdoor).
  4. Menyediakan bilik banquet untuk disewa.
  5. Gymnasium yang dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan untuk bersenam.

pengalaman menginap di Crystal Lodge Kota Bharu

1. Jenis Jenis Bilik yang ada di Crystal Lodge Kota Bharu Kelantan.

Superior Room

Bilik pertama yang saya nak kongsikan dengan korang semua adalah bilik superior. 

Pengalaman menginap di Crystal Lodge Kota Bharu

Maaf ya sebab kualiti gambar untuk bilik ini tak berapa clear. Kalau korang nak tengok yang lebih jelas boleh ke youtube channel saya Luqman Zakaria

Bila masuk sahaja ke bilik superior ini apa yang boleh cakap ianya nampak selesa dan bilik air juga dilengkapi dengan bathroom amenities seperti tuala, shampoo dan shower gel. 

Deluxe Room 

Saya sendiri pernah menginap di bilik ini. Jadi, rasanya bolehlah saya jelaskan kepada korang dengan lebih details. Perkara pertama yang menarik perhatian saya mengenai bilik ini adalah keluasannya.

Pengalaman menginap di Crystal Lodge Kota Bharu

Boleh tahan besar juga kan dan yang paling penting mereka sangat mengutamakan kebersihan. Bilik yang saya duduk ini memang bersih dan bilik air pun boleh tahan besar. 

Pengalaman menginap di Crystal Lodge Kota Bharu
Pengalaman menginap di Crystal Lodge Kota Bharu

Seperti bilik superior, bilik ini juga dilengkapi dengan bathroom amenities. Selain itu, korang juga boleh menonton TV kerana Crystal Lodge menyediakan 30 Astro Channels, 2 Radio Channels dan 4 In House DVD & VCD movies.


Oh ya! Mereka juga menyediakan Coffee & Tea amenities termasuklah 2 botol air mineral. Bukan itu sahaja, Minibar/Refrigerator pun ada dalam bilik.

Satu lagi benda yang semua orang perlukan adalah internet. Jangan risau pasal tuh sebab kalau korang menginap di Crystal Lodge, korang boleh gunakan internet secara PERCUMA!

Junior Suite Room

Ini adalah bilik yang paling menarik untuk dikongsikan dengan korang semua. Bilik ini ada tiga ruang yang berbeza iaitu, ruang tamu, bilik tidur dan bilik air.

Pengalaman Menginap di Crystal Lodge Kota Bharu

Ini adalah ruangan pertama yang korang akan nampak selepas pintu dibuka. Ruang ini boleh digunakan untuk membuat kerja, menonton TV dan dijadikan sebagai tempat lepak bersama teman sebilik sambil minum minum.

Pengalaman Menginap di Crystal Lodge Kota Bharu

Yang kedua adalah bilik tidur yang sangat selesa kerana ianya dilengapi dengan tilam bersaiz King (King Size Bed). Satu lagi bilik ini ada banyak tingkap, jadi ruang bilik terlihat lebih cerah, lebih luas dan yang penting boleh melihat pemandangan kota bharu dari bilik sahaja.

Pengalaman Menginap di Crystal Lodge Kota Bharu
Pengalaman Menginap di Crystal Lodge Kota Bharu

The best part adalah bilik air. Korang tengoklah betapa luasnya bilik air untuk Junior Suite. Rasanya bilik air ini sama besar dengan bilik tidur. Dilengkapi dengan bathroom amenities dan yang paling seronok ada bathtub. 

2. Tempat Parking Kereta yang besar dan selamat

Salah satu kemudahan yang selalu menjadi pertanyaan mereka yang menginap di hotel area Kota Bharu adalah tempat meletakkan kenderaan. 

Kebiasaannya, kalau menginap di sesetengah hotel di Kota Bharu mereka tidak mempunyai ruang parking yang mencukupi. Konsep parking biasanya "siapa cepat dia dapat". Kalau tak terpaksalah parking kereta di tempat umum.

Kalau parking dikawasan umum memang sangat merisaukan sebab tiada orang yang akan memantau keselamatan kereta. betul tak?

Pengalaman Menginap di Crystal Lodge Kota Bharu

Tapi kalau korang menginap di Crystal Lodge ini mereka menyediakan kawasan parking kereta yang agak luas dan yang pastinya selamat!

3. Pilihan makanan yang banyak untuk sarapan pagi

Sarapan pagi di Crystal Lodge boleh dikatakan sangat "mewah" kerana mereka menyediakan pelbagai jenis makanan termasuklah makanan tempatan dan western.

Sewaktu saya menginap disini, mereka menyediakan nasi tomato yang boleh dimakan bersama ayam masak pedas dan lauk sampingan lain.

Pengalaman menginap di Crystal Lodge Kota Bharu

Kalau korang tak makan makanan berat pada waktu pagi mungkin boleh makan salad, roti, scrambled egg, kuih muih, pau, buah buahan dan lain lain. 

Pengalaman menginap di Crystal Lodge Kota Bharu
Pengalaman menginap di Crystal Lodge Kota Bharu
Pengalaman menginap di Crystal Lodge Kota Bharu

Pilihan makanan sebanyak ini untuk sarapan sangat berbaloi. Korang boleh makan sampai kenyang. Saya tak pasti samada menu untuk sarapan akan sama setiap hari atau berbeza tetapi nasi tomato yang disediakan pada hari saya menginap tuh memang sedap!

Pengalaman menginap di Crystal Lodge Kota Bharu

Menariknya, korang juga boleh menikmati makanan dibahagian luar restoren. Sekiranya cuaca pada hari tersebut sangat baik, korang berpeluang mengambil gambar "sunrise" yang sangat cantik sambil makan makan bersama keluarga dan rakan rakan.

4. Banquet Room untuk disewa.

Mencari dewan di Bandar Kota Bharu untuk disewa? Apa kata kalau korang hubungi Crystal Lodge Kota Bharu sekarang sebab mereka juga ada menyediakan dewan yang sesuai untuk pelbagai jenis majlis.

Dewan Kayangan

Dewan Kayangan adalah antara dewan yang menjadi pilihan ramai kerana ianya sangat luas dan mampu memuatkan ramai orang dalam satu masa.

Pengalaman menginap di Crystal Lodge Kota Bharu
Pengalaman menginap di Crystal Lodge Kota Bharu

Dewan yang seperti ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin mengadakan majlis makan malam, majlis graduasi atau pun perkahwinan. Kalau korang mencari dewan yang lebih kecil, korang boleh memilih Dewan Mutiara.

Dewan Mutiara

Saiz Dewan Mutiara lebih kecil berbanding Dewan Kayangan. Ianya sangat sesuai untuk mereka yang ingin mengadakan majlis tertutup untuk teman teman terdekat sahaja.

Pengalaman menginap di Crystal Lodge Kota Bharu

Contohnya, korang boleh buat majlis sambutan hari jadi, majlis farewell atau korang juga boleh jadikan Dewan Mutiara sebagai tempat mesyuarat. 

5. Gymnasium

Crystal Lodge adalah salah satu hotel di Bandar Kota Bharu yang menyediakan gymnasium untuk tetamu mereka. Sekiranya korang adalah antara mereka yang masih ingin bersenam dan melakukan aktiviti sihat ketika berlibur, Crystal Lodge adalah jawapannya.

Pengalaman menginap di Crystal Lodge Kota Bharu

Berikut adalah 5 Kemudahan yang terdapat di Crystal Lodge Kota Bharu Kelantan. Menginap di hotel yang selesa dengan pelbagai kemudahan yang lengkap semestinya akan memberikan kepuasan yang maksimum sewaktu bercuti.

Jadi, buat pilihan yang bijak sewaktu memilih hotel. Saya harap dengan perkongsian ini, ianya dapat membantu korang semua dalam proses memilih tempat menginapan yang terbaik sepanjang percutian korang di Kota Bharu Kelantan.
Terbaru Lebih lama