Tonton Bidadari Salju Episod Penuh di TV3 & WeTV Original

Tonton Episod Penuh Bidadari Salju | Bermula 15 Disember yang lepas, Satu lagi drama adaptasi novel disiarkan di TV3 menggantikan drama Cinta Sekali Lagi. Drama Bidadari Salju arahan Reza Badarudin diterajui oleh Adam Lee & Sweet Qismina.

Tontton Drama Bidadari Salju Episod penuh

Drama 28 episod ini mengisahkan tentang Kayra (Sweet Qismina), seorang pelajar sekolah yang selalu dihina dan dibuli oleh pelajar lain disebabkan oleh penampilannya yang agak selekeh, rupa paras yang kurang cantik dan datang dari keluarga yang miskin.

Hariz (Adam Lee)  pula adalah pelajar yang selalu menjadikan Kayra sebagai mangsa buli. Hariz sangat membenci Karya sehingga sanggup membuat fitnah yang sangat teruk membuatkan Kayra dibenci oleh ayah dan orang orang kampung.

Namun selepas bertahun lamanya, Karya berjaya bangkit dari masa silamnya tetapi disebabkan oleh masa silam itu juga Kayra menyimpan dendam sehingga membuatnya tidak percaya pada cinta, perkahwinan & lelaki.

Drama bersiri ini disiarkan di TV3 melalui Slot Akasia dari hari Isnin hingga Jumaat jam 7 Petang atau sekiranya terlepas, Korang boleh tonton menggunakan Aplikasi atau laman sesawang WeTV .

Drama : Bidadari Salju (Adaptasi Novel Bidadari Salju Karya Mia Kiff tahun 2012)
Tarikh Tayangan : Bermula 15 Disember 2020 
Waktu Tayangan : Isnin - Jumaat 0700 Petang hingga 0800 Malam
Pengarah : Reza Badarudin
Terbitan :  A.Aida Production Sdn Bhd 
Lakonan : Sweet Qismina, Adam Lee, Nazrief Nazri, Zaki Azeman, Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya, Fimie Don, Chacha Maembong & ramai lagi
Terbaru Lebih lama