"Feature" terbaru di Instagram | Apa itu Instagram Guides? | Baru baru ini Instagram telah pun melancarkan satu feature/ciri terbaru yang dipanggil Guides. Ciri ini boleh digunakan oleh instagrammers diluar sana untuk berkongsi informasi dengan lebih menarik.
Nak tahu apa yang korang boleh buat dengan ciri terbaru ini? Kenalah baca artikel ini sampai habis.
Dengan menggunakan Instagram Guides, Pengguna Instagram boleh berkongsi bermacam macam jenis informasi yang berguna buat pengikut mereka.
Pada awalnya Instagram memperkenalkan ciri ini untuk mereka yang mempunyai fokus dalam bidang kesihatan bagi membantu mereka menyebarkan maklumat kesihatan berkaitan dengan Covid 19 kepada semua orang yang sedang bertarung dengan wabak ini.
Kini, ciri ini telah pun diperluaskannya kepada umum supaya kita juga dapat berkongsi maklumat atau informasi yang berguna kepada pengguna Instagram lain.
Apa yang menarik dengan Instagram Guides?
Instagram guides adalah cara terbaru yang kita boleh gunakan untuk berkongsi informasi dengan lebih details.
Korang boleh kongsikan gambar gambar yang korang pernah post di bahagian guides dan juga boleh tambahkan teks. Konsep dia sama macam menulis artikel. Korang boleh share gambar lepas tuh terangkan kepada pengikut korang tentang gambar tersebut.
Ada tiga format guides yang korang boleh kongsikan dengan pengguna Instagram lain iaitu Places (tempat), Products (Produk) dan Post.
- Tempat - Kongsikan tentang tempat tempat menarik contohnya lokasi pelancongan, restoren yang best untuk dikunjungi dan lain lain.
- Produk - Mengesyorkan tentang produk kegemaran korang.
- Post - Kongsikan tentang post post instagram yang korang suka.