Berbaloi ke tak beli Huawei Nova 5T? |  Dah lama tak share pasal gajet dalam blog. Jadi, saya nak ambil peluang ini untuk berkongsi tentang Huawei Nova 5T dengan korang semua. Kalau korang nak tahu Huawei Nova 5T dilancarkan pada tahun 2019 lagi dan mendapat perhatian ramai orang diluar sana. Apa yang best sangat dengan Huawei Nova 5T nih?

Apakah yang menarik tentang Huawei Nova 5T?

1. Rekaan Smartphone yang menarik

Pada pendapat saya, rekaan Huawei Nova 5T sangat cantik dan "sleek". Ianya didatangkan dengan empat warna yang berbeza iaitu Midsummer PurpleCrush BlueCrush Green dan Black.

Huawei Nova 5T


Kedudukan kamera pun nampak kemas berbanding sesetengah smartphone lain yang ada dipasaran. Untuk kamera hadapan pula, ianya diletakkan didalam skrin dimana ianya langsung tidak menjadi masalah buat saya tetapi sekiranya korang rasa ia mengganggu pandangan, korang boleh menyembungikan kamera tersebut dibahagian setting.



2. Mempunyai Storan yang besar

Untuk pengetahuan semua, Huawei Nova 5T mempunyai storan yang agak besar iaitu 128GB membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak file, lagu dan gambar. Selain itu, prestasi smartphone ini juga sangat memuaskan kerana dilengkapi dengan 8GB RAM.


3. Pengimbas cap jari yang pantas

Huawei Nova 5T juga mempunyai sensor fingerprint yang diletakkan dibahagian tepi (kanan) dimana  ianya sangat memudahkan pengguna untuk "unlock" smartphone menggunakan sebelah tangan sahaja.


4. Kamera dengan kualiti gambar dan video yang cantik

Bercakap tentang kualiti kamera, Ini adalah antara sebab kenapa saya suka dengan Huawei Nova 5T. Saya sudah pun mencuba sendiri kamera smartphone ini dan hasilnya sangat memuaskan. Kalau korang nak tengok lebih banyak lagi gambar dan video menggunakan Huawei Nova 5 T korang boleh klik link yang saya sertakan ini ya - [ Kualiti Gambar dan Video menggunakan Huawei Nova 5T ]

Jadi, apa pendapat korang mengenai Huawei Nova 5T. Kalau korang tanya pendapat saya, Smartphone ini sebenarnya sesuai untuk mereka yang suka mengambil gambar dan video kerana kualiti yang dihasilkan sangat cantik untuk mid range smartphone. 

1 Comments

  1. Smart. Tapi sy baru pakai Huawei Nova 3i thn lps. X sampai hati pula nak curang 😅

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post