Buffet Ramadhan 2020 di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel | Fiesta Rasa Muhibah

Buffet Ramadhan 2020 di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel | Sekiranya korang sedang mencari tempat berbuka puasa yang best di Kuala Lumpur. Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel adalah antara lokasi pilihan yang tepat untuk berbuka puasa pada tahun ini. 


Sempena bulan ramadhan 2020, Sheraton Imperial Hotel memilih untuk mengadakan buffet ramadhan di salah satu restoren mereka iaitu Essence. Restoren ini mempunyai keluasan yang agak besar, selesa dan mampu menampung ramai orang pada satu satu masa. Buffet ramadhan kali ini dinamakan sebagai Fiesta Rasa Muhibah yang disediakan oleh Executive Sous Chef, Hazif Ramli bersama team-nya.

Pengalaman berbuka Puasa di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel 

Apa yang menarik dekat sini? Untuk pengetahuan korang, menu berbuka puasa di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel sangat banyak tapi salah satu hidangan yang wajib dicuba adalah Nasi Kukus yang didatangkan bersama Gulai Kawah Kambing dan Gulai Kawah Ayam. Selain itu, korang boleh cuba Nasi Hujan panas yang boleh dimakan bersama Kambing Carik. Nak lagi sedap? Korang letaklah sekali Gulai Kawah dengan Nasi Hujan Panas tuh mesti lagi sedap. 

Menu Buffet Ramadhan Kambing Golek
Menu Buka Puasa Gulai Kawah Ayam
Menu Buka Puasa Gulai Kawah Kambing

Tak nak makan nasi gulai kawah? Jangan risau sebab dorang sediakan banyak lagi lauk pauk sampai rambang mata nak pilih. Antara lauk pauk yang ada dekat sini adalah Kacang Buncis Goreng, Terung Berlada, Itik Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas, Sambal Udang, Rendang Kambing dan banyak lagi.

Menu Buka Puasa Sambal Udang
Menu Buka Puasa Rendang Kambing
Menu Buka Puasa Itik Masak Lemak Cili Padi, Kacang Buncing Goreng dan Terung Berlada
Menu Buka Puasa Asam Pedas

Makan nasi tanpa sambal mesti tak berapa best lebih lebih lagi untuk korang yang wajib ada sambil bila makan. Dekat sini dorang ada sediakan juga beberapa jenis sambal contohnya Sambal Belacan Mangga, Sambal Belacan Nenas dan yang paling aku teruja ada Ikan Masin.

Menu Buka Puasa Sambal Belacan
Menu Berbuka Puasa Ikan Masin and Telur Masin

Selain itu, korang juga boleh cuba Chili Crab, Wok Fried Chicken Dried Chilli, Braised Mushroom, Slow Roasted Beef, Mushroom & Potato with Cheese Au gratin, salads, Assorted Cheese dan lain lain. Memang banyak kan korang. Puas hati kalau berbuka puasa dekat Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel ini.

Menu Buka Puasa Chilli Crab
Menu Buka Puasa Western food
Menu Buka Puasa western Slow Roasted Beef

Untuk Sup pulak, korang kena makan Sup Tulang Berempah! Sejujurnya memang sedap dan kalau korang nak tahu, Sup Tulang Berempah yang dorang sediakan sangat laris sampai habis semua orang makan. Nasib baiklah sempat rasa! Roti Benggali pun dihidangkan jugak supaya korang boleh makan bersama sup tuh.

Menu Buka Puasa Pilihan mee yang banyak

Bercakap pasal laris ini, salah satu makanan yang awal awal lagi dah kena serbu adalah Satay Ayam dan Satay Daging. Antara hidangan lain yang menjadi tumpuan adalah Ayam Shawarma, Roti John, Roti Canai dan Lemang yang boleh dimakan dengan Serunding dan Daging Dendeng yang "marvelous".

Menu Berbuka Puasa Ayam Shawarma
Menu Berbuka Puasa Satay Ayam dan Satay Daging
Menu Berbuka Puasa Roti John

Macam mana pulak dengan pencuci mulut? Untuk pencuci mulut, dorang sediakan bubur cha cha, pengat durian, Sira Pisang, Sago Gula Melakabuah buahan, beberapa jenis kuih melayu dan kek yang sangat menyelerakan. Pilihan air pun banyak korang contohnya air soya, air tebu, air bandung, air jagung, air laici dan air kurma.


Mesti korang dah tak sabar nak berbuka puasa dekat Sheraton Imperial Kuala Lumpur bila tengok semua makanan yang saya kongsikan dekat atas ini kan. Lebih lebih lagi kalau tengok dibulan puasa. Makanan apa yang ada pun saya dah reveal, sekarang ini nak kongsikan pasal harga pulak.

Harga Buffet Ramadhan 2020 di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

Harga yang dikenakan untuk buffet ramadhan di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel adalah RM148nett (Dewasa) dan RM74nett (Kanak Kanak)  tetapi korang boleh dapatkan harga yang jauh lebih murah dengan promosi Early Bird yang akan berlangsung bermula 1 Mac 2020 sehingga 23 April 2020 dimana korang hanya perlu bayar RM98nett sahaja. Banyaknya jimat!

*During this period, Club Marriott & Marriott Bonvoy member, along with selective participating Bank Cardholders could enjoy 20% discount!

Promosi lain yang boleh didapati sempena bulan ramadhan di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel adalah Fiesta Rasa Muhibah, Kita Kita Aje dan Pakej Kareem.

1. Fiesta Rasa Muhibah, Kita Kita Aje - Catering Promotion
Throughout the month, private or corporate iftar can also be organised in the hotel’s refreshed and elevated event spaces. Priced from RM98nett/person, this catering promotion requires a minimum booking of 50 persons. Guest can immerse in the atmosphere of Muhibah at sunset that surely will leave an exuberant iftar experience that they will always remember.

2. Pakej Kareem - Stay Package 
Perform the annual observance of Ramadan in the luxury and comfort with Pakej Kareem, a room package inclusive of sahur (pre-dawn meal) with 20% discount for Fiesta Rasa Muhibah dinner buffet at Essence is priced from RM 315++ per night while also enjoying facilities of the hotel. Buffet breakfast, for the package, is also available as an option at Essence if required. Guests may also choose to book our Club rooms to enjoy the above benefits along with Sheraton Club Lounge Acceess.

Cara cara untuk membuat tempahan Buffet Ramadhan di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

  • Hubungi +6012 337 9980 atau hantarkan email ke dining.specialist@sheraton.com untuk booking iftar/berbuka puasa
  • Catering reservation (minimum 50 persons), email ke sales.kulsi@sheraton.com
  • Untuk tempahan bilik, korang boleh hantarkan email ke res.kulsi@sheraton.com 
  • General inquiry, call +603 2717 9900
Terbaru Lebih lama