Ini adalah Drama Bersiri Terbaru yang menarik di Netflix

Drama Bersiri Terbaru yang menarik di Netflix | Salah satu sebab kenapa saya melanggan Netflix adalah kerana mereka sentiasa mengemaskini drama dan filem yang ada supaya pengguna dapat menikmati pelbagai kandungan yang menarik sepanjang masa.

Untuk artikel kali ini, saya ingin kongsikan tentang drama bersiri terkini yang dimuatnaik oleh Netflix dan beberapa drama yang sudah ada tetapi kembali lagi dengan musim yang baru. Jadi, tanpa kita membuang masa jom tengok senarai drama bersiri yang menarik untuk ditonton.

1. Locke & Key

Scene dari Drama Bersiri Locke and Key
Sedutan dari drama bersiri Locke and Key

Drama bersiri yang mula ditayangkan pada bulan Februari 2020 ini mengisahkan tentang tiga adik beradik bersama ibu mereka yang berpindah ke estet nenek moyang mereka dan menemui kunci ajaib. 

Poster drama bersiri Locke and Key
Poster Drama Bersiri Locke and Key

 2. Ragnarok

Poster drama bersiri Ragnarok
Poster Drama Bersiri Ragnarok
Drama berisi ini berkisarkan tentang sebuah bandar kecil di Norway yang mengalami musim panas yang hangat dan hujan lebat yang ganas seolah-olah menuju ke "Ragnarok" melainkan jika ada yang boleh menghalangnya.

3. The Stranger 

Poster drama bersiri The Stranger
Poster Drama Bersiri The Stranger
Drama ini bermula apabila seorang "stranger" membongkar rahsia yang mengejut tentang isteri kepada seorang lelaki bernama Adam. Selepas kejadian itu Adam menjadi terikat dalam misteri ketika dia berusaha mencari jawapannya.

Berikut adalah beberapa Drama bersiri terbaru yang korang boleh layan dekat Netflix. Senarai ini akan dikemaskini sekiranya ada Drama bersiri terbaru yang dimasukkan dalam Netflix. Terima kasih dan selamat menonton korang semua.
Terbaru Lebih lama