Review Ejen Ali The Movie : Misi Neo. Best sangat ke?

Best sangat ke Ejen Ali The Movie 2019?  | Rasanya belum terlambat lagi untuk saya kongsikan pengalaman menonton filem animasi Ejen Ali The Movie : Misi Neo yang mula ditayangkan sejak 28 November yang lepas. Sebagai penggemar animasi Ejen Ali saya sangat teruja untuk kongsikan pandangan saya dengan pembaca blog luqman zakaria.


Terjebak dengan siri Ejen Ali musim pertama dan kedua menjadikan saya lebih teliti semasa menonton filem ini untuk melihat sekiranya ada perubahan atau penambahan yang dilakukan dari segi watak, aksi dan lain lain. Jadi, apa yang saya boleh cakap adalah secara keseluruhannya filem Ejen Ali The Movie : Misi Neo ini adalah antara filem animasi di Malaysia yang terbaik pernah saya tonton. 


Benda pertama yang nak saya kongsikan berkenaan filem ini adalah tentang animasi yang dihasilkan. Apa yang saya sendiri nampak adalah details animasi mereka yang cukup memberangsangkan. Untuk menghasilkan animasi yang terbaik bukanlah satu benda yang mudah. Jadi, saya nak berterima kasih kepada WAU Animations dan Primeworks Studios untuk hasil kerja mereka yang mantap ini .



Selain animasi yang mementingkan perincian, filem Ejen Ali The Movie : Misi Neo juga penuh dengan aksi aksi yang cukup hebat. Setiap watak yang bergelar Ejen memiliki senjata dan "skills" mereka yang tersendiri. Setiap kali babak aksi bermula mulut ini asyik cakap "waaaa" "gila ah" "hebatnya". Bukan nak exaggerate ke apa tapi rasa bangga tuh berkobar kobar sebab rasa tak percaya  yang saya tengok ini adalah hasil orang Malaysia kita! 



Salah satu sebab kenapa sesebuah cerita menjadi lebih best untuk ditonton adalah jalan cerita yang disampaikan. Saya sebolehnya tidak mahu memberi sebarang spoiler untuk korang yang masih belum menonton. Jadi, apa yang boleh saya kongsikan adalah jalan cerita Ejen Ali The Movie : Misi Neo mempunyai plot twist yang menarik dan ianya masih boleh difahami walaupun korang tidak pernah menonton siri mereka sebelum ini.

Selain animasi yang hebat, aksi yang mantap dan jalan cerita yang menarik. Filem ini juga banyak bermain dengan emosi dimana korang dapat melihat babak sedih dan babak lucu yang dimainkan oleh beberapa watak sampingan. Jadi, kepada yang belum lagi menonton filem Ejen Ali The Movie : Misi Neo korang serbulah sekarang untuk support hasil tangan orang Malaysia kita yang meletop nih! 

Rating IMDb Ejen Ali The Movie : Misi Neo : 9.4/10 (as per 11 December 2019)
Terbaru Lebih lama