Betul ke Harga Vivo S1 Pro sangat murah dan berbaloi untuk dibeli?

Apa yang menarik dengan Vivo S1 Pro? | Untuk artikel kali ini saya akan kongsikan dengan korang semua berkenaan dengan Vivo S1 Pro yang baru dilancarkan pada 3 Disember yang lepas. Smartphone Vivo S1 Pro ini mempunyai kamera yang unik dan beberapa ciri yang menarik.


Kalau korang tengok kamera smartphone Vivo S1 Pro ini berbentuk berlian/diamond. Untuk pengetahuan semua, ianya diinspirasi oleh barang perhiasan dan istana diraja. Selain itu, kedudukan kamera juga sangat berbeza dengan smartphone yang biasa saya tengok.


Kehebatan dan kelebihan Smartphone Vivo S1 Pro

Kamera belakang/Rear Camera
Untuk kamera belakang, Vivo S1 Pro didatangkan dengan 48MP (f/1.8) AI Quad + 8MP (f/2.2) Super Wide Angle + 2MP (f/2.4) Super Macro + 2MP (f/2.4) Bokeh. Ianya juga disertakan dengan ciri yang menarik seperti "Pose Master" yang boleh membantu pengguna untuk mencari posisi terbaik ketika bergambar.

Gambar biasa
Super Wide Angle 

Photography modes untuk kamera belakang

Palm Capture, Voice Control, PRO, SLO-MO, HDR, Bokeh, Panorama, Video Face Beauty, Time Watermark, Model Watermark, Gender Detection, Camera Filters, AI Face Beauty, Super Wide-Angle, Super Macro, Burst, Pose Master, Potrait Framing, PDAF, Potrait light effects and AI Makeup.

Kamera hadapan/Front Camera
Kamera hadapan pula didatangkan dengan 32MP (f/2.0) yang mampu menghasilkan gambar yang cantik dan jelas. Ianya juga dilengkapi AI Face Beauty yang boleh membantu untuk "enhance" gambar selfie korang supaya nampak lebih menarik. 

Gambar kiri sebelum guna AI Face beauty memang jerawat banyak gila ya tapi lepas dah guna memang flawless habis. 

Photography modes untuk kamera hadapan

Palm Gesture, Voice Control, Selfie Frontlight, HDR, Panorama, Video Face Beauty, Time Watermark, Model Watermark, Gender Detection, Camera Filters, AI Face Beauty, Pose Master, Potrait Light Effects, AI Makeup, Face Beauty, Multi Frame, Potrait Framing. 

Selain kamera, Vivo S1 Pro menggunakan 6.38-inch Super AMOLED Display (Screen to body ratio of 90%) dimana ianya sesuai dengan pengguna masa kini yang sukakan "borderless full views". Fungsi "lock" dan "unlocked" untuk smartphone ini juga sangat laju  kerana mereka menggunakan In-Display Fingerprint Scanning Technology yang lengkap dengan pelbagai kesan animasi untuk memberikan pengalaman menyeronokkan  buat pengguna smartphone ini.


Vivo S1 Pro juga sesuai untuk mereka yang suka bermain games kerana ianya menggunakan teknologi Multi Turbo  yang boleh menghasilkan pengalaman bermain game dengan lebih lancar. Selain itu, smartphone ini menyediakan voice changer untuk menukar suara mengikut watak pemain.


Kelancaran smartphone ini juga disebabkan oleh processor Qualcomm Snapdragon 665 Octa-core  dan sokongan 8GB RAM dan 128GB ROM. Tak cukup dengan itu, Vivo S1 Pro menggunakan 4500mAh battery dengan Dual Engine Fast Charging Technology yang boleh mempercepatkan pengecasan phone.

Berapa harga Vivo S1 Pro di Malaysia?
Harga Vivo S1 Pro adalah RM1199, Ianya didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Knight Black dan Fancy Sky. Smartphone dengan harga yang berpatutan ini akan berada dipasaran bermula 7 Disember akan datang. Lebih menarik, pada 7 Disember juga akan berlangsungnya Vivo S1 Pro sales event di Central I-City dimana akan ada cabutan bertuah dan promosi rebat terhad untuk korang semua. Jadi, yang mana berminat bolehlah ke sana 7 Disember akan datang.

Pada pendapat saya, ianya sangat berbaloi untuk dibeli kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan spesifikasi smartphone Vivo S1 Pro ini juga sangat sesuai untuk generasi kini yang mementingkan kualiti kamera dan pada masa yang sama gemar bermain game di telefon pintar mereka.
Terbaru Lebih lama