Vivo V17 guna Skrin Ultra O dan ada 5 kamera - harga RM1699 sahaja

Vivo V17 guna Skrin Ultra O dan ada 5 kamera - harga RM1699 sahaja | Baru baru ini saya berpeluang untuk turut serta dalam majlis pelancaran Vivo V17 di Brixton 23 yang terletak di Bukit Bintang. Apa yang menarik mengenai Smartphone ini? 


Adakah ianya sama seperti Vivo V17 Pro yang dilancarkan pada bulan October yang lepas? Jom kita lihat satu persatu bermula dengan rekabentuk smartphone ini sendiri. 


Rekaan Skrin Ultra O dan teknologi cap jari di paparan skrin 

Untuk pengetahuan semua, Vivo V17 ditampilkan dengan Super AMOLED Ultra O Screen Design dengan paparan 6.44 inch FHD+ serta mempunyai kamera hadapan berukuran 2.98mm. Pada saya, rekaan kamera hadapan yang diletakkan disebelah tepi seperti ini sangat menarik kerana ianya nampak lebih trendy dan pada masa yang sama tidak  menganggu skrin smartphone.


Paparan Super AMOLED untuk Vivo V17 ini direka dengan ratio 20:9 dimana ianya dapat mengekalkan  warna asal sesuatu objek dan menapis 42% sinar biru. Selain itu, Smartphone ini juga mempunyai teknologi cap jari pada paparan skrin. teknologi ini menggunakan algoritma yang lebih canggih membolehkan pengguna membuka kunci smartphone dengan mudah dan selamat.



Vivo V17 dengan 5 kamera pelbagai fungsi

Vivo V17 berharga RM1,699 ini didatangkan dengan 5 kamera gred profesional. Ianya mampu memberikan pengalaman menarik kepada pengguna smartphone generasi sekarang yang mementingkan kualiti gambar kerana ianya dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang boleh membantu pengguna  menghasilkan gambar mengikut citrasa masing masing.



Kamera Belakang/Rear Camera

Vivo V17 didatangkan dengan 48MP + 8MP (Wide angle) + 2MP (Bokeh) + 2MP (Macro). Semasa pelancaran berlangsung, saya sempat mengambil beberapa keping gambar dan dibawah ini adalah antara hasil gambar menggunakan fungsi Wide angle Vivo V17. 

 Gambar biasa
Wide Angle 

Smartphone ini juga tampil dengan pelbagai mod fotografi. Antaranya adalah Super Night Mode yang boleh digunakan untuk meningkatkan kejelasan gambar yang ditangkap pada waktu malam dan  Pose Master yang boleh membantu korang mencari posisi yang terbaik  ketika bergambar. Untuk mod fotografi yang lain korang boleh refer dekat bawah nih.

Photography modes untuk kamera belakang/rear camera
"Super Night Mode, Ultra Stable Video, Portrait Bokeh, Portrait Light Effects, AR Stickers, Pose Master, Filters, AI Makeup, Super EIS for videos, Super Wide-Angle (Photo+Video), Super Macro, Portrait Framing, AI HDR, Burst, SLO-MO, PRO Mode, Panorama, AI Scene Recognition, DOC, Take Photo, Video Record and etc."


Kamera depan/Front Camera

Kamera hadapan pula didatangkan dengan 32MP yang boleh menghasilkan gambar yang cantik dan jelas. Ianya juga dilengkapi AI Face Beauty yang boleh membantu untuk "enhance" gambar selfie korang supaya nampak lebih menarik. Bukan itu sahaja, kamera hadapan juga didatangkan dengan mod fotografi yang pelbagai tetapi tidak banyak seperti kamera belakang. Dibawah ini contoh gambar kamera hadapan menggunakan mod fotografi AR Sticker.



Photography modes untuk kamera hadapan/Front Camera
"Super Night Selfi, Portrait Light Effects (Portrait Bokeh included), AR Stickers, Pose Master, Filters, AI Makeup, AI HDR, Burst, Gender Detection, Take Photo, Video Record."

Prestasi Vivo V17 yang hebat dan Kapasiti Baterinya yang Besar

Vivo V17 menggunakan processor Qualcomm Snapdragon 675 AIE Octa-core bersama 8GB RAM dan storan dalaman 256GB untuk memastikan aplikasi dan sistem pada smartphone ini dapat dikendalikan dengan lancar.

Vivo V17 hadir dengan dua warna iaitu Admiral Blue dan Crystal White.

Selain penggemar kamera, Vivo V17 ini sesuai untuk gamers kerana ianya didatangkan dengan Game Mode yang dapat menghasilkan pengalaman permainan video yang lancar dengan menggunakan teknologi Multi turbo. Menariknya, smartphone ini menyediakan voice changer untuk menukar suara mengikut watak watak pemain.

Untuk bateri pula, Vivo V17 Menggunakan 4500mAh battery dengan Dual Engine Fast Charging Technology yang boleh mempercepatkan pengecasan phone.

Vivo V17 yang baru dilancarkan ini akan berada dipasaran bermula 21 December 2019. Jadi, untuk korang yang berminat boleh dapatkan nanti ya.
Terbaru Lebih lama