Vivo V17 Pro 6 Kamera menghasilkan gambar yang cantik dengan harga yang murah

Vivo V17 Pro 6 Kamera menghasilkan gambar yang cantik dengan harga yang murah | Sebagai seorang blogger dan pengguna social media platform tegar seperti instagram, twitter dan facebook saya memerlukan smartphone dengan kamera yang berkualiti tinggi untuk berkongsi gambar gambar yang cantik dengan pembaca blog dan follower saya. 


Salah satu smartphone dengan kamera terbaik adalah Vivo V17 Pro yang dilancarkan baru baru ini. Saya sangat teruja dengan smartphone keluaran terbaru Vivo kerana ianya didatangkan dengan 6 kamera utama di depan dan belakang untuk pengambilan gambar yang lebih mantap.

Kehebatan dan kelebihan pada Kamera Vivo V17 Pro

Baru baru ini saya berpeluang untuk menghadirkan diri ke pelancaran smartphone Vivo V17 Pro dan mencuba sendiri beberapa "Photography mode" yang ada pada kamera smartphone ini dan hasilnya sangat memuaskan. 

Dwi kamera depan jenis Pop-Naik beresolusi 32MP 

Hasil gambar dari kamera depan yang beresolusi 32MP ini sangat cantik ditambah pula dengan 8MP Wide Angle membolehkan pengguna mengambil gambar berkumpulan atau "wefie" dari sudut angle hingga 108 darjah. Kamera depan Vivo V17 Pro juga didatangkan dengan mode selfie softlight yang mampu untuk menerangkan kegelapan ketika bergambar pada waktu malam. Selain itu, terdapat juga ciri lain seperti Super Night Selfie yang dapat meghasilkan imej terbaik.




Kualiti gambar yang cantik dengan  AI Kuad Kamera 48MP

Untuk kamera depan pula, Vivo V17 Pro didatangkan dengan 48MP + 8MP (Wide angle) + 2MP (Bokeh) + 2MP (Macro). Untuk pengetahuan anda, V17 Pro juga tampil dengan dua ciri kecantikan iaitu Pose Master yang boleh membantu anda mencari posisi yang terbaik untuk mengambil gambar dan Super Night Mode untuk meningkatkan kejelasan gambar yang ditangkap pada waktu malam.

 gambar biasa 
Super wide angle

Photography mode yang ada pada kamera Vivo V17 Pro

DOC, PRO, SLOW-MO, TIME LAPSE, camera filter, live photo, HDR, potrait, panorama, 4K Video, touch to shutter, voice control, palm gesture, AR Stickers, super night mode, jovi image recognizer, AI scene identification, bokeh, ultra wide angle dan super macro.

Apa lagi yang menarik selain kamera Vivo V17 Pro yang mantap?

Vivo V17 Pro menggunakan processor Qualcomm Snapdragon 675 AIE Octa-core bersama 8GB RAM dan storan dalaman 128GB untuk memastikan aplikasi dan sistem pada smartphone ini dapat dikendalikan dengan lancar. 

Selain penggemar kamera, Vivo V17 Pro ini sesuai untuk mereka yang suka bermain games kerana ianya dilengkapi dengan Game Mode untuk menghasilkan pengalaman permainan video yang lancar dengan menggunakan teknologi Multi turbo. Menariknya, smartphone ini menyediakan voice changer untuk menukar suara mengikut watak watak pemain.


Bermain games dan mengambil gambar menggunakan Vivo V17 Pro akan memberikan kepuasan yang maksima kepada pengguna kerana smartphone ini didatangkan dengan Super AMOLED Ultra Fullview display yang berukuran 6.44 inci dengan nisbah 20:9. Paparan ini direka dengan sangat bijak dan teliti untuk menyembunyikan dwi kamera depan jenis pop naik, earpiece, nyalaan dan sensor jarak ke dalam badan peranti.


Teknologi pengimbasan cap jari dengan algoritma yang lebih canggih juga digunakan untuk membolehkan pengguna membuka kunci peranti/smartphone dengan mudah dan selamat. Harga yang ditawarkan untuk Smartphone Vivo V17 Pro ini adalah RM1699. Jadi, buat anda yang sedang mencari smartphone yang mempunyai kualiti gambar yang baik dan pada masa yang sama sesuai untuk bermain games, Vivo V17 Pro adalah yang paling sesuai untuk digunakan.
Terbaru Lebih lama