Memasak lebih mudah, cepat, sedap dan sihat dengan Santan Super Light Ayam Brand

Memasak lebih mudah, sedap dan sihat dengan Santan Super Light Ayam Brand | Seperti yang kita tahu kebanyakan makanan yang ada di Malaysia menggunakan santan sebagai salah satu bahan utama contohnya nasi lemak, kari ayam, kuih muih, pencuci mulut macam sagu gula melaka dan banyak lagi.


Rasanya kalau nak ubah cara pemakanan ke arah yang lebih sihat memang kena tinggalkan semua makanan yang sedap ini tapi sekarang korang tak perlu risau lagi sebab Ayam Brand baru sahaja memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu Santan Super Light yang dapat membantu korang memasak masakan kegemaran tanpa perlu risau tentang kandungan lemak yang ada dalam santan.


Kenapa kita perlu gunakan Santan Super Light Ayam Brand dalam masakan?

Santan Super Light keluaran Ayam Brand ini sangat diperlukan dalam masakan kerana ianya dihasilkan dengan 75% kurang lemak berbanding santan segar tanpa menjejaskan rasa dan aroma. Lagipun menggunakan santan dalam masakan adalah satu langkah bijak kerana santan bebas kolestrol berbanding dengan penggantinya seperti yogurt dan susu biasa.


Ayam Brand Santan Super Light boleh membantu dalam menjadikan resepi tradisional lebih sihat, selain menambah citarasa tempatan terhadap trend global - Mr. Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand


Selain itu, packaging untuk Santan Super Light juga sangat menarik dan mudah untuk dibuka. Korang tak perlu koyak atau gunting kotak santan ini kerana ianya didatangkan dengan penutup. Selepas penutup dibuka, korang boleh tutup semula dan masukkan dalam peti sejuk tapi kena ingat ya Santan Super Light ini mampu bertahan selama dua hingga hari sahaja selepas penutup dibuka.

Tapi macam mana pula dengan harga? 

Harga runcit sepeket Santan Super Light Ayam Brand (330ml) ini adalah RM3.10 dimana saya rasa harga yang sangat berpatutan tetapi sekiranya korang ingin mencuba Santan Super Light ini dalam masa terdekat bolehlah singgah ke pasaraya Giant sekarang sebab Santan ini dijual dengan harga promosi yang lebih murah iaitu RM2.95/sepeket. Harga promosi ini berlangsung sehingga 31 Oktober sahaja jadi jom dapatkan Santan Super Light dari Ayam Brand sekarang.

Memasak menggunakan Santan Super Light Ayam Brand bersama Chef Syafiq Othman

Baru baru ini aku berkesempatan menghadirkan diri ke pelancaran Santan Super Light Ayam Brand yang diadakan di Pasaraya Giant untuk melihat sendiri bagaimana Chef Syafiq Othman memasak menggunakan Santan Super Light.



Chef Syafiq menyediakan satu jenis masakan iaitu Gulai ikan Mackerel dan satu minuman teh boba yang diberi nama Green Matcha Boba Tea. Selain itu, Chef Syafiq juga turut berkongsi beberapa jenis resepi masakan lain di laman sesewang Ayam Brand. Korang boleh ke www.ayambrand.com.my untuk mencuba sendiri resepi yang disediakan oleh Chef Syafiq. Insyaallah saya pun akan mencuba sendiri resepi beliau kerana semua resepi yang dikongsikan boleh dimasak kurang daripada 30 minit menggunakan bahan yang senang didapati.


Jadi, untuk korang yang mementingkan kesihatan tetapi pada masa yang sama masih ingin menikmati masakan bersantan dapatkan Santan Super Light yang dikeluarkan oleh Ayam Brand di Pasaraya berdekatan. Korang juga boleh beli produk Ayam Brand yang lain sebab mereka sangat terkenal dengan makanan bertin yang berkualiti dan sihat serta tidak mengandungi bahan pengawet dan MSG tambahan.

Untuk maklumat lanjut tentang Ayam Brand.

www.ayambrand.com.my
www.facebook.com/ayambrandmalaysia
Memasak lebih mudah, cepat, sedap dan sihat dengan Santan Super Light Ayam Brand Memasak lebih mudah, cepat, sedap dan sihat dengan Santan Super Light Ayam Brand Reviewed by Luqman Zakaria on 10/12/2019 01:39:00 am Rating: 5

No comments: