Aplikasi Bite & Bites dilancarkan sempena Ulang Tahun Tony Roma's yang ke 13

Aplikasi Bite & Bites dilancarkan pada majlis ulangtahun Tony Roma's yang ke 13 | Korang tahu tak outlet pertama Tony Roma's Malaysia dibuka di Sunway Pyramid, Petaling Jaya pada tahun 2006 dan selama 13 tahun beroperasi di Malaysia, sekarang ini dorang dah ada 12 outlets  di sekitar Klang Valley, Johor dan Melaka.


Satu pencapaian yang sangat hebat kan sebab dalam masa 13 tahun sahaja mereka sudah berjaya membuka 12 outlets di Malaysia. Sekarang ini pulak, sempena ulang tahun Tony Roma's yang ke 13 mereka memperkenalkan aplikasi Bite & Bites untuk pelanggan yang sentiasa menyokong mereka. 

Apa yang menarik dengan Aplikasi Bite & Bites?

Aplikasi ini sangat berbaloi untuk digunakan sebab ada banyak tawaran dan promosi yang best disediakan untuk korang. Menariknya, korang juga boleh gunakan aplikasi Bite & Bites di restoran NY Steak Shack dan The Manhattan FISH MARKET seluruh Malaysia.


Dengan menggunakan aplikasi ini korang boleh kumpul "loyalty points" yang dipanggil Bite Marks dan seterusnya korang boleh tebus Bite Mark tersebut mengikut syarat yang ditetapkan. Pendaftaran untuk aplikasi Bite & Bites adalah percuma dan korang akan menerima satu (1) Bite Mark untuk setiap restoran yang ada dalam aplikasi tersebut sebagai permulaan.


Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Bite Marks di aplikasi Bite & Bites?

  • Dengan perbelanjaan minima RM80 atau lebih di cawangan Tony Roma's korang akan mendapat Satu (1) Bite Mark.
  • Dengan perbelanjaan minima RM40 atau lebih di cawangan  The Manhattan FISH MARKET dan NY Steak Shack korang akan mendapat satu (1) Bite Mark.
  • Setiap ahli hanya boleh mendapatkan dua (2) Bite Marks setiap hari (available only for dine in & and take away transactions)

Setiap cawangan menyediakan reward atau ganjaran yang berbeza kerana menu yang ada di setiap restoran tidak sama tapi eksklusif untuk pelanggan Tony Roma's ini adalah antara yang menarik korang boleh dapat dengan menggunakan Bite Marks yang dikumpul.

  • 3 Bite Marks : 1 Free Onion Loaf
  • 6 Bite Marks : 1 Free Spicy Chicken Pasta
  • 9 Bite Marks : 1 Free Beef Ribs (2 Pieces)


Tunggu apa lagi korang? Download aplikasi Bite & Bites sekarang untuk nikmati pelbagai tawaran menarik dari mereka. Tak rugi tau sebab makanan yang ada di Tony Roma's semuanya sedap sedap especially Beef Ribs. Saya sendiri dah cuba beef Ribs Tony Roma's dan beberapa menu lain semasa menghadiri majlis ulang tahun mereka baru baru ini.

Majlis Ulang tahun Tony Roma's yang ke 13 meriah dengan aktiviti dan makanan yang menyelerakan

Majlis ulang tahun Tony Roma's yang ke 13 ini diadakan di salah satu cawangan mereka yang terletak di Pavilion dan dihadiri oleh ramai orang termasuklah rakan rakan media. Mereka menyediakan beberapa aktiviti menarik untuk tetamu yang hadir dan saya sendiri sempat mencuba permainan yang ada. Memang seronok sebab berjaya dapatkan hadiah untuk dibawa pulang. hehe


Selain aktiviti yang best, Tony Roma's juga menyediakan banyak makanan yang sedap untuk tetamu yang datang pada hari tersebut dan diselitkan juga dengan cabutan bertuah. Hadiah yang diberikan juga sangat lumayan tapi yang paling best ada tetamu yang menang hadiah dine in dekat Tony Roma's secara percuma selama setahun! 


Selamat Ulangtahun yang ke 13 dan terima kasih saya ucapkan kepada Tony Roma's kerana menjemput saya untuk turut bersama menikmati hidangan yang lazat dalam majlis yang meriah ini. Tak sabar rasanya nak jejakkan kaki sekali lagi di Tony Romas untuk makan Beef Ribs yang sedap dan kumpul bite marks dengan menggunakan aplikasi Bite & Bites. 

Untuk maklumat lanjut tentang Tony Roma's Malaysia, korang boleh layari laman sesawang mereka di www.tonyromas.com.my.
Terbaru Lebih lama