Cadangan hotel-hotel menarik yang boleh dikunjungi di Kuala Lumpur

Hotel-hotel yang boleh dikunjungi di Kuala Lumpur | Adakah korang jenis yang suka shopping? Bukan suka shopping jer, malahan tempat penginapan pun mesti nak yang selesa-selesa je. Kalau korang jenis yang macam ni dan plan untuk bercuti di Kuala Lumpur. Jom baca sini ada beberapa cadangan hotel-hotel 5 bintang di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur.

First of all, Hotel Maya yang terletak di jalan Ampang. View setiap bilik semestinya view kota metropolitan Kuala Lumpur. Hotel ini menyediakan bilik-bilik mewah dengan interior design dipenuhi cermin agar suasana bilik ini menjadi luas. Tandasnya juga hanya menggunakan glass dan langsir. Kalau korang mengidamkan kontemporari living macam ni, boleh lah bermalam di Maya Hotel.

Credit to http://www.hotelmaya.com.my/explore-maya/gallery

Bukan itu sahaja, kedudukan Maya Hotel yang strategik ini juga menarik ramai pengunjung untuk bermalam di sini. Ianya terletak hanya 100 meter dari Kuala Lumpur Twin Tower (KLCC) sangat sesuai untuk pengunjung yang ingin membeli-belah dan mengunjungi Petrosains dan  Aquaria di Ampang Mall KLCC. Selain itu, kedudukannya yang hanya 200 meter dari deretan bar and night club membuatkan ramai pengunjung non-muslim dan foreigners memilih untuk tinggal di Maya Hotel. Korang boleh usha kat Traveloka hotel untuk dapatkan the best deal untuk hotel hotel yang dikongsikan dalam entry ini.


Ianya juga terletak tidak jauh dari jalan Bukit Bintang yang menjadi centre of attraction kepada setiap pengunjung dari dalam mahupun luar negeri. Tetapi, kalau korang yang bukan jenis berjalan tapi teringin untuk bermalam betul2 di Bukit Bintang, I would suggest you to bermalam di JW Marriott Hotel. Hotel mewah ini terkenal dengan event-event fashion dan majlis perkahwinan. Interior design luxury living hotel ini dengan kemewahan chandelier-chandelier pasti memukau pengunjungnya terasa seakan di atas kapal Titanic.

Credit to http://www.marriott.com/hotels/hotel-photos/kuldt-jw-marriott-hotel-kuala-lumpur/

Berkembar dengan JW Marriott Hotel building adalah shopping mall mewah dan selesa, Starhill Gallery. Bertentangan dengannya pula adalah shopping mall yang cukup terkenal, Pavillion. So, kalau korang jenis yang hardcore jenama (Louis Vuitton, Versace, Choppard, etc) punya shopper, boleh lah tinggal di JW Marriott Hotel. Fyi, JW Marriott Hotel ini adalah one of the best hotels in Malaysia.

Credit to https://www.millenniumhotels.com/en/kuala-lumpur/grand-millennium-hotel-kuala-lumpur/

Tidak jauh dari JW  Marriott Hotel, juga terletak di jalan Bukit Bintang terdapat sebuah lagi hotel 5 bintang Grand Millenium Hotel. Betul –betul berhadapan dengan Fahrenheit shopping mall dan deretan restoran arab dan pelbagai jenis kedai. Ianya terletak hanya 100 meter dari Pavillion dan 100 meter juga dari stesen monorail. Selain itu, ia juga terletak berdekatan dengan bakery Tour Les Jours dan butik H&M. So, kalau korang stay sini memang meriahlah malam korang. Boleh juga korang try dinner di The Ship yang mengambil masa almost 10 minit kalau berjalan dari hotel Grand Millenium ni.

Credit to http://www.tranzform.com.my/2013/12/royale-chulan-kl/

Other than that, kalau korang dan family prefer tempat penginapan yang tenang dan lebih senyap tapi still di tengah-tengah kota metropolitan, I would suggest you to stay dekat hotel 5 bintang Royale Chulan Hotel is located di Jalan Conlay. The Royale Chulan ini terletak 2 km jauh dari KLCC. Kalau korang tidak berkenderaan dan nak ambil monorail, korang boleh berjalan kaki lebih kurang 13 minit untuk ke stesen monorail yang terdekat. Keunikan Royale Chulan ini adalah bangunannya diperbuat daripada ukiran kayu dan seluruh hotel ini dihiasi hiasan yang sungguh elegan. Setiap biliknya juga terdapat ruang tamu bersofa yang berasingan dari ruang tidur. Sungguh selesa seperti korang tinggal di rumah sendiri.
Cadangan hotel-hotel menarik yang boleh dikunjungi di Kuala Lumpur Cadangan hotel-hotel menarik yang boleh dikunjungi di Kuala Lumpur Reviewed by Luqman Zakaria on 8/14/2019 08:30:00 PTG Rating: 5

1 ulasan: