Ifa Raziah berkongsi rahsia kecantikan Beliau dengan Produk Diva's Secret

Ifa Raziah berkongsi rahsia kecantikan Beliau dengan Produk Diva's Secret | Baru baru ini aku berpeluang untuk berjumpa dengan Artis Versatil Popular 2017, Ifa Raziah di Hotel Concorde Shah Alam. Selalunya tengok dekat TV jerlah sebab tak pernah ada peluang untuk berjumpa secara live dekat mana mana majlis. Sebelum jumpa beliau, aku ada dengar ura ura yang menyatakan Ifa Raziah sekarang ini dah makin cantik dan lebih kurus berbanding tahun tahun sebelum ini. Aku jadi sangat teruja nak jumpa beliau depan depan sebab nak tengok betul ke tak?
See! Kurus kan. Bukan mudah nak kurus ini. Banyak benda yang perlu dikorbankan especially makanan yang sedap sedap. Memang salute dengan Kak Ifa sebab beliau dapat turunkan berat badan dengan cepat. Kalau jadi selebriti ini memang kena sentiasa berpenampilan menarik dan cantik supaya menjadi inspirasi kepada peminat peminat dekat luar sana. 

Diva's Secret adalah Rahsia kecantikan Ifa Raziah

Mesti korang nak tahu kan rahsia kecantikan Kak Ifa yang meletop ini. Bukannya korang jer nak tahu. Aku pon tak lepaskan peluang untuk korek rahsia kecantikan kak ifa. Rupa rupanya Kak Ifa mempunyai produk kecantikan sendiri yang diberi nama Diva's Secret. Inilah rahsia kecantikan beliau selama ini. 
Ada beberapa rangkaian produk dibawah jenama Diva's Secret dan antaranya adalah Diva's Secret Miracle Nano Lift (Facial Cleanser), Diva's Secret Mist, Eye Lashes dan juga Lip Matte. Facial cleanser dan Mist yang dikeluarkan Kak Ifa  sesuai untuk digunakan oleh wanita dan juga lelaki. Tak sabar nak gunakan kedua kedua produk ini dan lihat kesannya pada kulit wajah aku.
Diva's Secret Miracle Nano Lift adalah facial cleanser yang mengandungi ekstrak sel stem dari bunga ros alpine yang membantu mengurangkan kesan penuaan pada wajah. Facial cleanser ini juga mengandungi teh hijau, ekstrak bunga, chamomile, vitamin c dan teknologi nano lift yang akan membantu mengurangkan kedutan wajah. Ekstrak bunga yang ada dalam produk ini juga banyak maanfaatnya tau. Ia dapat menjadikan kulit kita lebih bersih, lembut, cantik dan tampak lebih muka.
Diva's Secret Mist pula ini sangat penting untuk kesegaran wajah dan menjadikan make up nampak lebih glowy sepanjang hari. Selain itu, Beauty mist ini dapat menutup liang liang pori pada wajah dan ianya sesuai untuk digunakan oleh wanita dan lelaki seperti yang aku maklumkan tadi.


Diva's Secret Eye Lashes yang dikeluarkan oleh Kak Ifa ini sangat menarik sebab ia diperbuat oleh rambut manusia dimana ianya akan memberikan kesan yang lebih natural kepada si pemakai. Untuk pengetahuan semua, bulu mata Diva's Secret ini boleh digunakan berkali kali. 

Kaum Hawa ini mesti suka Diva's Secret Lip Matte sebab ada banyak pilihan warna. Aku sempat tengok Kak Ifa buat make up tutorial aritu dan aku nampak beliau gunakan lip matte ini sebagai blusher. Kira two in one la kan. Senang dan jimat. haha.
Sekiranya korang nak dapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan produk dari Diva's Secret yang meletop ini, korang boleh follow instagram dan facebook page yang aku kongsikan dekat bawah ini.
Instagram dan Facebook
Terbaru Lebih lama