Breaking News

Rasakan Keenakan Makanan Sichaun di Hotel Dorsett

Rasakan Keenakan Makanan Sichaun di Hotel Dorsett | Hidup di Malaysia ini cakap sahaja nak makan apa semuanya ada tapi sekali sekala tuh nak juga makan makanan yang betul betul "authentic" dari negara asal dimana makanan tersebut dibuat atau dicipta. betul tak? Jadi sempena Sichuan 2018 Food Fiesta ini aku nak mencuba sendiri kesedapan makanan dari Sichuan.


Makanan asli dari Sichuan yang pedas dan sedap

Sebenarnya aku langsung tak pernah dengar tentang makanan dari Sichuan ini. Aku ingatkan hidangan makanan dari Sichuan sama seperti masakan cina yang ada di Malaysia. Rupa rupanya masakan dari Sichuan ini agak berbeza dan kebanyakannya memang sangat pedas sampai boleh buatkan lidah korang jadi kebas tetapi rasanya memang sedap. 


Kepedasan dan keenakan makanan dari Sichuan di Hotel Dersott ini sememangnya asli kerana masakan ini disediakan khas oleh Chef Harley dan Chef Teresa dari Hotel Dorsett Grand Chengdu. Menurut mereka, bahan bahan penyediaan seperti peppercorn dan juga cili dibawakan khas dari Sichuan untuk digunakan dalam masakan mereka. ini barulah betul betul authentic kan!

Senarai masakan dari Sichuan Sempena Authentically Sichuan 2018 Food Fiesta

Sepanjang "Authencitally Sichuan 2018 Food Fiesta" ini dijalankan mereka menyediakan beberapa hidangan untuk dicuba untuk pelanggan termasuklah chef signature dishes seperti Soya Chicken with Sichuan Peppercorn Chili Oil, Sichuan Grilled Eggplant, Sichuan Chili Prawn, Mofu Tofu, Baby Beef Ribs with Fresh Green and Red Chili, Sichuan Peppercorn Chicken and Spicy Chili Rabbit Meat dan macam macam lagi. 

Mereka juga menyediakan hidangan pembuka selera yang sangat menyelerakan seperti Tossed Fungus with Vinegar, Tossed Fungus with Nuts and Kai Lan, Tossed Chicken with Sichuan Spices dan last sekali adalah  Slice Chicken with Hot and Spicy Sauce (pilihan luqmanzakaria).

 Slice Chicken with Hot and Spicy Sauce (pilihan luqmanzakaria)

Tossed Chicken with Sichuan Spices

Tossed Black Fungus with Nuts and Kai Lan

Tossed Black Fungus with Vinegar
Untuk hidangan utama pula, Chef Harley dan Chef Teresa menyediakan Fried Prawn with Sichuan Peppers and Garlic, "Chongqing" Style Deep-Fried Crispy Chicken with Dried Chillies, Deep Fried Crispy Grouper Fish Fillet with Sweet and Sour Sauce dan Mapo Tofu. Kalau korang tengok menu hidangan dari Sichuan ini kebanyakan berasaskan cili kan. Jom kita tengok gambar hidangan menu utama pulak.

Fried Prawn with Sichuan Peppers and Garlic

"Chongqing" Style Deep-Fried Crispy Chicken with Dried Chillies

 Deep Fried Crispy Grouper Fish Fillet with Sweet and Sour Sauce

Mapo Tofu
Semuanya nampak menyelerakan tapi kalau korang tanya, hidangan utama kegemaran aku adalah "Chongqing" Style Deep-Fried Crispy Chicken with Dried Chillies dan juga Deep Fried Crispy Grouper Fish Fillet with Sweet and Sour Sauce. Kedua keduanya pedas especially ayam tuh tapi seriously sangat sedap. Korang kena cuba.

Bila dah habis dengan hidangan menu utama, Aku dihidangkan dengan pencuci mulut yang boleh membantu menghilangkan rasa pedas dan kebas dimulut korang.hehe. Mereka menyediakan Rice Jelly with Nuts dan juga Panda Shaped Bun yang sangat comel.

Rice Jelly with Nuts

Panda Shaped Bun
Hidangan yang cukup menarik kan! Walau pon tak pernah menjejakkan kaki ke Sichuan tetap dapat mencuba makanan mereka yang cukup unik dan sedap. Jadi, Sekiranya korang nak mencuba sendiri keenakan masakan authentic dari Wilayah Sichuan ini, bolehlah rujuk maklumat dibawah ok.

Promosi Hidangan Authentically di Hotel Dorsett
Dorsett Grand Subang (The Emperor Chinese Restaurant)
4 - 14 August 2018
Dorsett Putrajaya (Citra Rasa Restaurant)
6 - 14 August 2018
Dorsett Kuala Lumpur (Checkers Cafe)
15 - 21 August 2018
Dorsett Grand Labuan (Victoria's Brasserie)
23 - 29 August 2018

Untuk Tempahan
03-50316060
bookfnb.subang@dorsetthotels.com

2 ulasan:

  1. Drop here! :)

    https://messarah.blogspot.com/2018/08/cekodoktrip-hiking-bukit-keluang-pantai.html

    BalasPadam