Breaking News

Menangi hadiah menarik dari Pacific West sempena World Cup 2018

Menangi hadiah menarik dari Pacific West sempena World Cup 2018 | Pada bulan ramadhan baru baru ini, aku dan rakan rakan blogger yang lain dijemput untuk berbuka puasa bersama dengan Pacific West di PC Studio, Petaling Jaya. Kami semua dihidangkan beberapa jenis makanan keluaran Pacific West. 


Antara yang dihidangkan untuk kitorang semua pada hari tersebut adalah Fish Cocktails, Salt & Pepper Squid with shredded cucumber dan Tempura Calamari Rings. Pihak PC studio menyediakan beberapa hidangan lain yang cukup menarik menggunakan produk dari Pacific West. 


Chef PC Studio sangat kreatif kerana mereka menyediakan makanan yang cukup menyelerakan dengan mengabungkan hidangan mereka bersama produk dari Pacific West. Pada hari tersebut, kami semua disajikan dengan Oven Baked Fish Fillet with carb free zoodle / Flavoured Rice, Som Tam Salad with Tempura Calamari Rings, Classic Gazpacho, Mushroom Soup, Pana Cotta dan juga Sago Gula Melaka.

Sempena World Cup tahun ini, Pacific West juga tidak melepaskan peluang untuk memberi sokongan dengan mengadakan kempen "Foodball Fever" yang berlangsung sehingga 15 Julai 2018.  


Yang menariknya, sempena "Foodball Fever" ini, ada banyak hadiah yang best best untuk dimenangi. Antaranya Trip ke negara bola sepak kegemaran yang bernilai RM10,000 dan 100 hadiah saguhati untuk pemenang bertuah.
"During this campaign period, customers who purchase any packet of Pacific West valie -added seafood products in a single receipt at any retail stores will also stand a chance to Win A Fantabulous Trip to Your Favorite Football Country worth RM 10,000. There are also 100 Pacific West Foodball Fever Merchandises to be won too."
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pacific West dan juga Kempen "Foodball Fever" yang sedang berlangsung sekarang ini, korang boleh hubungi mereka di talian 1800 888 389 atau layari laman sesawang www.pacificwestfoods.com atau www.facebook.com/PacificWest.my 

Tiada ulasan