Selepas beberapa tahun tinggal dekat bandar dengan kos hidup yang boleh dikatakan agak tinggi mesti akan terkejut bila balik kampung sebab harga barang jauh lebih berpatutan kalau nak dibandingkan lebih lebih lagi makanan.
Baru baru ini aku ke Kuala Lumpur dengan mak disebabkan oleh urusan keluarga. Waktu dekat sana mak teringin nak makan Lontong. Jadi, abang aku order Lontong dekat kedai makan yang berdekatan dengan rumah and guess what? Harga satu bungkus Lontong tuh RM17. Tak tahu nak respond apa sebab pada aku RM17 sangatlah mahal dan tidak berbaloi.
Kenapa Tak Berbaloi?
Lontong yang abang aku beli tuh portion dia tak adalah besar mana pun dan paling mengecewakan semua orang adalah lontong tuh basi. Tak boleh nak makan pun. Orang kata takpalah mahal pun asalkan sedap tapi nak makan pun tak boleh macam mana nak judge kan.
Laksa Penang Harga Marhaen
Sekarang jom kita kembali kepada topik utama which is harga laksa penang yang paling murah aku pernah beli. Sebelum aku kongsikan harga, aku nak letakkan gambar laksa penang tuh dulu supaya korang boleh judge samada ianya murah ataupun tidak.
Untuk pengetahuan korang, harga laksa penang yang dalam gambar ini adalah RM3 sahaja. Bagi aku tersangatlah murah sebab portion dia agak banyak dan condiments yang diletakkan bersama pun boleh dikatakan lengkap.
Dalam satu plastik ada separuh telur rebus, potongan nenas, salad, timun, cili dan lain lain. Jadi, bagi aku harga RM3 sangat berbaloi untuk kita beli. Setuju tak?