6 Album dari Penyanyi Melayu Pada Tahun 2023

6 Penyanyi Melayu Yang Keluarkan Album Tahun 2023 | Hai korang! untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang senarai penyanyi Melayu yang mengeluarkan album pada tahun 2023. Adakah penyanyi kegemaran korang berada di dalam senarai? Jom kita tengok sama sama. 

Gambar Senarai Album Penyanyi Melayu 2023

Setakat hari ini aku hanya jumpa enam sahaja! Sekiranya ada penyanyi lain yang mengeluarkan album tapi tiada dalam senarai korang boleh kongsikan dibahagian komen ya. 

6 Penyanyi Melayu Yang Keluarkan Album Tahun 2023

  • Amir Masdi
Pada bulan Julai 2023, Amir Masdi mengeluarkan satu album yang diberi nama AMIR MASDI. Album yang dikeluarkan ini berkonsepkan Matahari. Menurut Amir Masdi, dia menggunakan Matahari kerana ianya adalah salah satu sumber utama hidup kita dan Matahari yang terbit boleh dikaitkan dengan kelahiran pertama albumnya. 

Gambar Album Amir Masdi

Album AMIR MASDI mengandungi 12 buah lagu dimana beliau bekerjasama dengan beberapa komposer dan penulis lirik yang dikenali ramai seperti Ezra Kong, Bunga Cantik, Sharon Paul, Ikhwan Fatana, John Jeeves, Dennis Lau, Hang Nadim, Edry Abd Halim dan ramai lagi. 

  • Dato Sri Siti Nurhaliza
Pada bulan Jun 2023, Dato Sri Siti Nurhaliza telah mengeluarkan album yang diberi tajuk SITISM. Nama album ini adalah gabungan nama SITI dan ISM yang menggambarkan seorang Siti Nurhaliza itu sendiri.

Poster Album Siti Nurhaliza SITISM

Untuk fasa pertama bulan Jun 2023 hanya 8 buah lagu sahaja yang dikeluarkan secara digital. Selepas itu, Pada bulan September 2023 pula Dato Sri Siti Nurhaliza mengeluarkan 4 buah lagu lagi menjadikan semuanya 12 buah lagu yang boleh didapatkan secara digital dan fizikal.  

Seperti yang aku maklumkan, jumlah keseluruhan lagu dalam album SITISM adalah 12 dan ianya dihasilkan oleh  beliau sendiri dan beberapa komposer dan penulis lirik yang terkenal seperti Aubrey Suwito, Rozi Sangdewi, Melly Goeslow, Farouk Roman, Andi Rianto, Habsah Hassan, Fedtri Yahya dan ramai lagi.

  • Yonnyboii
Pada bulan September 2023, Yonnyboii telah mengeluarkan album yang diberi nama PERSONA. Menurut informasi yang aku baca, album ini menceritakan tentang bagaimana Yonny mencari bunyi dan identiti sendiri dan dia turut melalui beberapa persona atau watak untuk mencari identiti. Kiranya album ini menggambarkan persona berbeza dalam lagu yang disampaikan.

Gambar Album Persona Yonnyboii

Album PERSONA mengandungi 12 buah lagu dan ianya dihasilkan oleh Yonnyboii dan beberapa komposer dan penulis lirik seperti  Killa Driz, Meerfly, ALYPH, SonaOne, Ilous, Freddie Laut dan Med Z. Menerusi album ini juga Yonnyboii berduet dengan penyanyi lain contohnya Adam E, Guccimith dan ramai lagi.

  • Aina Abdul
Album Aina Abdul diberi nama IMAJI dan ianya dikeluarkan pada bulan Oktober 2023. Imaji membawa maksud susunan kata kata yang dapat memberi gambaran jelas sehingga pendengar mampu untuk turut sama merasa, melihat dan mendengar emosi sebenar yang diungkapkan oleh penyanyi.

Gambar Album IMAJI Aina Abdul

Album IMAJI mengandungi 14 lagu dan semuanya ditulis oleh Aina Abdul sendiri dengan kerjasama Serry Khaled untuk lagu Sesal dan Ezra Kong untuk lagu Ini Bukan Cinta. 

  • Ernie Zakri
Ernie Zakri pula baru sahaja mengeluarkan album terbarunya bertajuk AURA pada bulan November 2023. Album AURA menceritkan sumber kekuatan seseorang. Selepas mendengar sendiri lagu lagu dalam album ini aku dapati lagu banyak lagu yang boleh bagi aura positif buat pendengar.

Gambar Album Aura Ernie Zakri

Album AURA mengandungi 10 buah lagu dimana beliau bekerjasama dengan ramai komposer dan penulis lirik diluar sana seperti Faizal Tahir, John Jeeves, Firdaus Rahmat, Aubrey Suwito, Rozi Sangdewi, Ezra Kong, Helen Yap, Mage, Ade Govinda dan ramai lagi.

  • Dolla
Album pertama yang akan dikeluarkan oleh penyanyi berkumpulan Dolla pada 17 November 2023 akan datang diberi nama New Classic tetapi masih belum ada informasi lengkap tentang album tersebut. Selepas mendapat informasi tentang komposer dan penulis lirik aku akan kemaskini okay. 

Gambar Album New Classic Dolla

Baiklah korang, rasanya sampai disini sahaja perkongsian aku tentang 6 album yang dikeluarkan oleh penyanyi melayu pada tahun ini 2023. Yang mana satu menjadi kegemaran korang? Kongsikan dengan aku dibahagian komen. Terima kasih sebab singgah baca, kita juga lagi dalam artikel akan datang. 
Terbaru Lebih lama