Senarai Promosi dan Diskaun Untuk Makanan & Minuman Sempena Hari Mengundi PRU15

19 November 2022 merupakan hari penting buat rakyat Malaysia dimana kita semua akan menjalankan tanggungjawab memilih anggota Dewan Rakyat di Parlimen yang ke 15. Bagi menghargai rakyat Malaysia sempena Pilihanraya Umum 15, Terdapat beberapa syarikat pengendalian makanan memberi diskaun dan promosi yang menarik buat mereka yang mengundi.

Promosi diskaun hari mengundi PRU 15

40 Promosi dan Diskaun Untuk Makanan & Minuman Sempena Hari Mengundi PRU15

1. Tealive

Sempena hari mengundi PRU15, Tealive Malaysia mengadakan promosi menarik dimana pelanggan boleh membeli 2 minuman dengan harga RM15 sahaja. Promosi ini berlangsung dari 14 November 2022 hingga 20 November 2022. Maklumat lanjut di instagram Tealiveasia.

Promosi tealive hari mengundi PRU 15

2. Marrybrown 

Khas untuk peminat Marrybrown, korang boleh dapat satu ketul Marrybrown Crispy Chicken secara PERCUMA dengan sebarang pembelian Kombo. Tunjukkan jari korang untuk dapatkan promosi best ini. Promosi Marrybrown sempena hari mengundi PRU 15 berlangsung pada 19 November 2022 sahaja. Untuk maklumat lanjut korang boleh ke Facebook page Marrybrown

Promosi Marrybrown Hari Mengundi PRU 15

3. McDonald's Malaysia

Buat pengundi PRU 15 yang menggemari Mekdi, bermula 18 November 2022 hingga 20 November 2022 korang boleh dapatkan promosi menarik Mcdonald's Malaysia seperti yang tertera dalam gambar dibawah. Korang boleh ke instagram Mcdonald's Malaysia untuk maklumat lanjut.

Promosi Mcdonalds Sempena Hari mengundi PRU 15

4. Starbuck Malaysia

Sempena hari mengundi PRU 15 ini mesti ramai diantara kita yang tinggal di bandar pulang ke kampung halaman untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Perjalanan yang panjang pastinya membuatkan korang penat dan dahaga. 

Kalau macam tuh, korang boleh singgah di Starbuck Malaysia dan dapatkan Grande-sized Americano, Cold Brew, Freshly Brewed Coffee, atau Tea dengan harga RM10 sahaja bermula 18 November 2022 hingga 20 November 2022 tertakluk pada terma dan syarat. Layari facebook page Starbuck Malaysia untuk maklumat tentang promosi ini.

Promosi Starbuck Malaysia sempena Hari Mengundi PRU 15

5. OldTown White Coffee

Sekiranya korang ke OldTown White Coffee pada 19 November 2022 dan  memesan sebarang item ala carte (Rice/Noodles), korang berpeluang untuk mendapatkan OldTown White Coffee regular (Hot/Cold). Pastikan korang tunjuk jari yang berdakwat tuh ya. Terma dan Syarat korang boleh tengok dalam gambar dibawah dan maklumat lanjut boleh ke instagram OldTown White Coffee

Promosi OldTown White Coffee sempena PRU 15

6. Sushi King Malaysia

Berita gembira buat penggemar Sushi King, bermula 19 November 2022 hingga 20 November 2022, korang berpeluang untuk dapatkan satu plate sushi secara PERCUMA. Untuk maklumat lanjut korang boleh ke instagram Sushi King Malaysia

Promosi Sushi King sempena Hari Mengundi PRU 15

7. TGI Fridays Malaysia

Kalau korang suka makan burger dekat TGI Fridays, singgahlah di mana mana TGI Fridays pada 19 November 2022 dan pesan burger mereka untuk dapatkan diskaun sebanyak 15%. Untuk dapatkan informasi lanjut tentang promosi ini korang boleh ke instagram TGI Fridays Malaysia

Promosi TGI Fridays sempena hari mengundi PRU 15

8. Coolblog Malaysia

Dahaga nak minum Coolblog selepas mengundi PRU 15? Korang boleh ke Coolblog untuk dapatkan topping PERCUMA dengan sebarang pembelian air. Antara topping percuma yang korang boleh pilih adalah pearl, mango jelly dan lychee jelly. Promosi ini hanya berlangsung pada 19 November 2022 sahaja. Seperti biasa, untuk maklumat lanjut korang boleh ke instagram Coolblog Malaysia

Promosi Coolblog sempena hari mengundi PRU 15

 9. Secret Recipe 

Tak cukup dengan Coolblog? Korang boleh ke Secret Recipe untuk dapatkan sebarang minuman dengan diskaun sebanyak 30% pada 19 November 2022. Details mengenai terma dan syarat serta maklumat lain berkenaan promosi ini korang boleh ke instagram Secret Recipe

Promosi Secret Recipe sempena hari mengundi PRU 15

10. Kenny Rogers Malaysia

Bermula pada 19 November 2022 hingga 20 November 2022, Korang boleh dapatkan promosi terbaru mereka sempena hari mengundi PRU 15. Promosi kali ini adalah beli satu PERCUMA satu untuk Kenny's Chicken Soup Meal atau pun Kenny's Ayam Goreng Soup Meal. Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok post mereka di instagram Kenny Rogers Malaysia

Promosi Kenny Rogers hari mengundi PRU 15

11. US Pizza Malaysia

Buat penggemar pizza, korang boleh singgah di US Pizza Malaysia pada 19 November 2022 bermula jam 3:00 Petang hingga 5:00 Petang untuk dapatkan Personal Aloha Pizza secara PERCUMA! Untuk terma dan syarat boleh tengok dekat instagram US Pizza Malaysia.

Promosi US Pizza Malaysia sempena mengundi PRU 15

12. Golden Screen Cinema (GSC)

GSC pun tidak melepaskan peluang untuk terlibat sama memberikan promosi kepada mereka yang keluar mengundi untuk PRU 15 pada 19 November 2022. Korang kalau singgah dekat mana mana mall yang ada GSC  bolehlah singgah dapatkan FREE Small Popcorn. Informasi lanjut tentang promosi ini ada di instagram GSC Cinema.

Promosi GSC Sempena hari Mengundi PRU 15

13. A&W Malaysia

Kalau korang suka minum Root Beer dekat A&W boleh singgah dekat outlet mereka selepas mengundi pada 19 November 2022 untuk dapatkan 1 Gelas Root Beer Regular dengan harga RM1 sahaja. Maklumat lanjut boleh semak di instagram A&W Malaysia.

Promosi A&W Sempena hari mengundi PRU 15

14. Coffee Bean Malaysia

Buat peminat caramel, korang boleh terus ke Coffee Bean Malaysia selepas selesai mengundi PRU 15 untuk cuba Burnt Caramel Ice Blended dorang dengan harga yang sangat berpatutan dimana korang boleh beli 1 PERCUMA 1 lagi Burnt Caramel Ice Blended lagi. Promosi ini hanya berlangsung pada 19 November 2022 sahaja. korang boleh ke instagram Coffee Bean Malaysia untuk informasi lanjut. 

Promosi Coffee Bean sempena hari mengundi PRU 15

15. My Laksa

Mana pengundi PRU yang suka makan di My Laksa? Pada 19 November 2022 hingga 20 November 2022, My Laksa ada buat promosi sempena PRU 15 dimana korang boleh dapatkan satu minuman percuma dengan pembelian mana mana  Asam Laksa. Untuk info lain korang boleh semak di instagram My Laksa

Promosi My Laksa Sempena hari mengundi PRU 15

16. Taco Bell Malaysia

Dekat Taco Bell Malaysia pun ada buat promosi sempena PRU 15. Kalau tak pernah cuba boleh pergi di outlet dorang pada hari sabtu 19 November 2022 sebab ada promosi "Voting Day Deal" dimana korang dapatkan Loader Griller dengan harga RM5 Sahaja. Korang boleh ke instagram rasmi Taco Bell Malaysia untuk maklumat lanjut.

Promosi Taco Bell Malaysia pada hari mengundi PRU 15

17. Nandos Malaysia

Korang yang nak singgah makan dekat Nandos pada hari sabtu 19 November 2022, korang berpeluang untuk dapatkan complimentary side dishes tau! Macam mana nak dapatkan complimentary side dishes boleh semak posting mereka di instagram Nandos Malaysia

Promosi Nandos sempena hari mengundi PRU 15

18. Hokkaido Baked Cheese Tart Malaysia

Kalau korang craving nak makan Hokkaido Baked Cheese Tart boleh singgah di outlet mereka dan dapatkan 15% diskaun untuk Regular Sized Classic Tart (Choices of Original /Chocolate). Promosi berlangsung satu hari sahaja iaitu pada hari mengundi 19 November 2022. Macam biasa, maklumat lanjut boleh ke instagram Hokkaido Baked Cheese Tart Malaysia.

Promosi Hokkaido Baked Cheese Tart sempena PRU 15

19. Street Churros Malaysia

Dapatkan 15% diskaun untuk pembelian korang di Street Churros Malaysia mulai 19 November hingga 22 November 2022 sempena PRU 15. Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke instagram rasmi Street Churros Malaysia sekarang!

promosi Street Churros Malaysia sempena PRU 15

20. Burger King Malaysia

Kalau korang suka makan pineapple pie dekat Burger King, bolehlah ke outlet Burger King untuk dapatakan Pineapple Pie secara PERCUMA sempena hari mengundi PRU 15 pada 19 November 2022. Korang boleh semak terma dan syarat di instagram Burger King Malaysia.

Promosi Burger King Malaysia sempena PRU 15

21. Chatime Malaysia

Menarik di Chatime Malaysia sempena PRU 15 adalah promosi minuman mereka yang sangat murah dimana korang boleh dapatkan 2 minuman dengan harga RM10 sahaja pada 19 November 2022 hingga 20 November 2022. Maklumat lanjut korang tengok dekat instagram Chatime Malaysia okay. 

Promosi Chatime Malaysia pada hari PRU 15

22. IKEA Malaysia

Sempena PRU 15 ini IKEA Malaysia nak belanja korang aiskrim percuma. Singgah dekat Swedish Bistro dan tunjukkan jari korang yang berdakwat tuh nanti dorang akan bagi. Promosi ini berlangsung pada 19 November 2022 sahaja dan terhad kepada 500 redemptions! Maklumat lanjut korang boleh ke instagram IKEA Malaysia

Promosi Ikea Malaysia sempena PRU 15

23. TGV Cinemas

Korang kalau tengok wayang dekat TGV pada 19 November 2022 selepas selesai mengundi, boleh dapatkan minuman Coca cola Regular Size secara percuma. Untuk maklumat lanjut boleh ke facebook page TGV Cinemas Sdn Bhd

Promosi TGV Cinemas sempena PRU 15

24. Pizza Hut Malaysia

Dapatkan promosi Beli 1 PERCUMA 1 dari Pizza Hut Sempena PRU 15 pada 19 November 2022. Untuk promosi ini kalau korang beli 1 Cheest Poppers Pizza korang akan dapat percuma 1 Crackin Thin Crust macam dalam poster dekat bawah. Untuk info lebih lanjut korang boleh semak dekat instagram dorang Pizza Hut Malaysia.

Promosi Pizza Hut sempena PRU 15

25. Harold's Bread

Buat pencinta pastries Harold's Bread ada berita baik untuk korang sempena PRU 15. Pada 19 November 2022, Harold's Bread membuat promosi hebat untuk mana mana mini pastries dimana korang boleh membelinya dengan harga RM1 Sahaja untuk 1 biji. Untuk maklumat lebih details korang boleh ke instagram mereka Harolds Bread

Promosi Harolds Bread sempena PRU 15

26. Chomski 

Penggemar pencuci mulut yang tinggal di Shah Alam, korang boleh singgah ke outlet Chomski selepas selesai melaksanakan tanggungjawab mengundi untuk PRU pada 19 November 2022 hingga 20 November 2022 kerana mereka sangat baik hati nak bagi korang banana Pudding secara PERCUMA. Untuk info lanjut boleh ke instagram mereka Chomski

Promosi Chomski sempena PRU 15

27. CU Mart Malaysia

Jom kita ke CU Mart Malaysia dan redeem K-Bev dengan harga RM1.99 sahaja sempena PRU 15. Promosi ini hanya untuk 19 November 2022 sahaja. Untuk maklumat lanjut korang boleh singgah di instagram rasmi mereka CU Malaysia

Promosi CU Malaysia sempena PRU 15


28. Kopi Saigon 

Buat peminat kopi, korang boleh singgah di Cawagan Kopi Saigon (kecuali outlet Cheras Bandar Sri Permaisuri) untuk dapatkan Kopi percuma dengan mininum pembelian 2 cawan kopi dari mereka pada 19 November 2022. maklumat lanjut boleh ke instagram Kopi Saigon Hq.

Promosi Kopi Saigon sempena PRU 15

29. The Alley

Korang boleh dapatkan Black Milk Tea di The Alley dengan harga yang sangat murah sempena hari mengundi untuk PRU 15. Dua gelas Black Milk Tea hanya RM15 sahaja. Promosi ini berlangsung pada 19 November 2022 hingga 20 November 2022 sahaja. Dapatkan maklumat lanjut di instagram The Alley

Promosi The Alley Sempena PRU 15

30. Sangkaya

Sangakaya juga tidak melepaskan untuk menghargai pengundi diluar sana dengan membuat promosi untuk Original Coconut Shake (L) mereka dengan memberi diskaun sebanyak 15% buat mereka yang membelinya pada 19 November 2022. Untuk maklumat lanjut korang boleh ke instagram rasmi Sangkaya Malaysia.

Promosi Sangkaya hari mengundi PRU 15

31. KOI The

KOI The the buat promosi untuk Golden Bubble Milk Tea dorang pada 19 November 2022 dimana kalau korang order dan tunjuk jari yang berdakwat akan dapat FREE up size untuk minuman tersebut. Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi boleh ke instagram KOI The sekarang!

Promosi KOI The Sempena Hari mengundi PRU 15

32. Daily Fresh Malaysia

Untuk Daily Fresh Malaysia dorang ada buat promosi sempena PRU 15 pada 19 November 2022 hingga 20 November 2022 dimana korang boleh dapatkan diskaun 15% untuk semua minuman yang dijual di Daily Fresh Malaysia. Untuk maklumat lanjut boleh ke facebook page Daily Fresh Malaysia.

Promosi Daily Fresh Malaysia sempena PRU 15

33. Kluang Station 

Kalau korang teringin nak makan Mee Siam, boleh ke Kluang Station sebab dorang ada buat promosi dimana korang berpeluang untuk dapatkan FREE Kluang Mee Siam. Untuk maklumat lanjut korang boleh ke instagram Kluang Station

Promosi Kluang Station sempena mengundi PRU 15

34. Daboba Malaysia

Dapatakn diskaun 15% untuk total bill bila korang berbelanja di Daboba Malaysia sempena hari mengundi PRU 15 pada 19 November 2022 hingga 20 November 2022. Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi boleh ke instagram Daboba Malaysia.

Promosi Daboba Malaysia sempena Hari Mengundi PRU 15

35. Qra Foods

Wah Grocery store pun ada buat promosi sempena PRU 15 ini korang. Di Qra Foods korang boleh dapatkan diskaun best pada 19 November 2022. Di Qra Foods korang dapatkan satu set Cofffee dan Cinnamon Crust dengan harga RM5 sahaja. Untuk maklumat lanjut boleh ke instagram Qra Foods.

Promosi QRA Foods sempen PRU 15

36. The Manhattan Fish Market Malaysia

Promosi menarik di The Manhattan Fish Market untuk pengundi PRU 15 diluar sana. Korang boleh dapatkan Mike's Salsa Burger atau Hot Chick Burger dengan harga RM11 sahaja bermula 19 November 2022 hingga 21 November 2022. Untuk maklumat lanjut boleh ke instagram The Manhattan Fish Market Malaysia

Promosi The Manhattan Fish Market Sempena PRU 15

37. Tony Roma's Malaysia - Get 1 FREE* Shredded Beef Penne Worth RM23

38. Family Mart Malaysia - Get 25% OFF (Any Sofuto Cone, Coffee or Onigiri)

39. MyeongDong Toppoki - Get 15% OFF Myeongdong Topokki (Regular)

40. Dunkin Donut Malaysia - Get RM3 OFF on selected coffees 

Untuk nombor 37 hingga 40 korang boleh klik link tulisan merah untuk tengok poster dan maklumat lanjut berkenaan promosi tersebut. Terima kasih guys. semoga bermanfaat.
 
Berikut adalah beberapa syarikat pengendalian makanan dan minuman yang menjalankan promosi dan diskau menarik untuk pelanggan mereka sempena Pilihanraya Umum ke 15 (PRU 15). Sekiranya ada kedai atau outlet yang tersenarai berdekatan dengan korang bolehlah singgah dan nikmati diskaun dan promosi yang telah dibuat. Apa pun aku nak ucapkan tahniah kepada korang semua yang telah menjalankan tanggungjawab masing masing. 
Terbaru Lebih lama