Senarai Drama Korea Best dan Menarik Bulan Disember 2022

Hai Kdrama lovers! Kita dah nak masuk bulan disember 2022 lepas tuh tahun baru pulak tapi kita tak boleh abaikan drama korea haha. Seperti biasa untuk artikel kali ini aku akan kongsikan beberapa drama korea yang best dan menarik untuk ditonton pada bulan 12 2022. 

Sebelum kita tengok drama apa yang best untuk bulan disember 2022 aku nak recap balik drama yang ditayangkan pada bulan november 2022. Korang tengok semua tak? Kalau korang tanya aku, ada beberapa drama yang aku tengah layan sekarang ini iaitu Under Queen's Umbrella, Weak Hero Class 1, Revenge Of Others dan juga Reborn Rich.

Drama korea bulan 12 2022

Untuk bulan Disember 2022, terdapat beberapa drama yang sedang ditunggu tunggu oleh penggemar drama korea contohnya Alchemy Of Souls, Money Heists II, Missing : The Other Side 2 dan banyak lagi. Selain dari drama yang aku kongsikan terdapat beberapa lagi yang mungkin akan menjadi kegemaran korang. Jom kita tengok drama korea baru untuk bulan disember 2022. 

13 Drama Korea Best dan Menarik Bulan Disember 2022

1. Alchemy Of Souls 2 : Light And Shadow

Selepas sekian lama menunggu, peminat drama korea Alchemy Of Souls boleh menonton Alchemy Of Souls 2 : Light And Shadow bermula 10 Disember 2022 akan datang di saluran TVN dan juga Netflix


2. Island

Drama korea Island arahan Bae Jong ini akan mula bersiaran di streaming platform TVING bermula 30 Disember 2022 akan datang. Antara pelakon yang terlibat sama dalam drama island adalah Kim Nam-Gil, Lee Da-Hee, Cha Eun Woo dan ramai lagi. 


3. Missing : The Other Side 2

Drama Missing : The Other Side 2 dibintangi oleh pelakon hebat seperti Ko Soo, Heo Jun-Ho, Ahn So-Hee, Ha-Joon, Lee Jung-Eun dan ramai lagi. Drama arahan Min Yeon-Hong ini akan ditayangkan pada bulan Disember menerusi saluran TVN.


4. Recipe For Farewell

Drama Recipe Foe Farewell akan ditayangkan bermula 1 Disember 2022 di streaming platform Watcha. Drama ini dilakonkan oleh Han Suk-Kyu, Kim Seo-Hyung dan juga Jin Ho-Eun.


5. Connect

Drama korea yang seterusnya adalah Connect. Drama ini akan mula bersiaran di Disney Plus bermula 7 Disember 2022 dimana ianya dibintangi oleh Jung Hae-In, Ko Kyoung-Pyo, Kim Hye-Jun dan ramai lagi. 


6. Unlock My Boss

Bermula 7 Disember 2022, saluran ENA akan menyiarkan drama korea bertajuk Unlock My Boss yang dilakonkan oleh Park Sung-Woong, Seo Eun-Su, Chae Jong-Hyeop dan ramai lagi. 


7. The Forbidden Marriage

Drama korea baru arahan Park Sang-Woo bertajuk The Forbidden Marriage akan ditayangkan tidak lama lagi di saluran MBC bermula 9 Disember 2022. Pelakon yang membintangi drama ini adalah Kim Young-Dae, Kim Woo-Seok, Park Ju-Hyun dan ramai lagi,


8. Money Heist 2

Drama korea Money Heist 2 akan mula bersiaran di Netflix pada 9 Disember 2022. Korang yang memang layan drama Money Heist 1 mesti tak sabar nak tengok kan. Antara barisan pelakon dalam drama ini adalah Yoo Ji-Tae, Kim Yunjin, Park Hae-Soo, Jun Jong-Seo,Lee Won-Jung  dan ramai lagi, 


9. Work Later, Drink Now 2

Satu lagi drama korea musim kedua bakal ditayangkan tidak lama lagi iaitu Work Later, Drink Now 2 yang akan ditayangkan di platform TVING dan VIU bermula 9 Disember 2022. Drama ini dibintangi oleh Lee Sun-Bin, Han Sun-Hwa, Jung Eun-Ji dan Choi Si-Won. 


10. King Of Desert 

King Of Desert adalah drama korea lakonan beberapa pelakon yang dikenali iaitu Yang Dong-Geun, Jin Goo, Jang Dong-Yoon, Kim Jae-Hwa dan ramai lagi. Drama ini dijadualkan tayangannya pada 16 Disember 2022 menerusi platform Watcha


11. Trolley

Drama korea bertajuk Trolley arahan Kim Moon-Kyo akan mula disiarkan di saluran SBS pada 19 Disember 2022. Pelakon yang membintangi drama ini adalah Kim Hyun-Joo dan Park Hee-Soon bersama beberapa pelakon lain seperti Kim Moo-Yul dan juga Chung Su-Bin.


12. Casino

Bermula 12 Disember 2022, drama korea bertajuk Casino arahan Kang Yoon-Sung akan ditayangkan di Disney Plus. Drama ini dilakonkan oleh Choi Min-Sik, Son Suk-Ku, Lee Dong-Hwi, Heo Sung-Tae dan ramai lagi. 


13. The Interest Of Love

Drama korea baru bertajuk The Interest Of Love akan ditayangkan bermula 21 Disember 2022 menerusi saluran JBTC. Drama arahan Jo Young-Min ini dilakonkan oleh Yo Yeon-Seok, Mun Ka-Young, Keum Sae-Rok dan juga Jung Ga-Ram. 


Berikut adalah 13 drama korea yang menarik bakal ditayangkan pada bulan disember 2022. Ada drama korea yang baru dan ada juga drama korea yang dilanjutkan untuk musim yang kedua. Aku tak sabar nak tengok Alchemy Of Souls 2 sebab drama tersebut memang sangat best. Untuk drama lain kita tengok dulu macam mana sebab drama bulan 11 pun masih on going lagi hehe. 
Terbaru Lebih lama