Drama Sorry Naik Lori

Drama iQIYI Original baru dengan kerjasama Foodpanda bertajuk Sorry Naik Lori akan ditayangkan tidak lama lagi. Drama 13 episod arahan Aidilfitri Mohamed Yunus ini dibintangi oleh Nur Ruhainies dan Nazim Othman


Untuk pengetahuan pembaca blog luqman zakaria, terdapat ramai lagi pelakon lain yang terlibat dalam drama Sorry Naik Lori contohnya Tajul, Nafiz Muaz, Asha Zainul dan juga sheila Mambo. Drama ini akan ditayangkan bermula 4 November 2022.

Sinopsis Drama Sorry Naik Lori

Drama Sorry Naik Lori mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang mencuba untuk mendapatkan wang lebih untuk keluarga. Khairul, seorang suami yang bekerja sebagai pemandu lori di Pulau Pinang cuba untuk mendapatkan gaji lebih dihalang oleh pembuli di tempat kerja. Manakala isterinya Nadia pula bekerja di sebuah restoren pasembur milik ibunya. Nadia mempunyai keinginan untuk menjadi influencer media sosial dan impiannya menjadi kenyataan apabila dilamar untuk menjadi influencer oleh sebuah agency selepas videonya viral di NikNok.

Informasi Ringkas Tentang Drama Sorry Naik Lori

Tajuk Drama : Sorry Naik Lori
Saluran : iQIYI
Tarikh Tayangan : Bermula 4 November 2022
Pengarah : Aidilfitri Mohamed Yusuf
Terbitan : Tsar Asia Sdn Bhd
Pelakon : Ruhainies, Nazim Othman, Tajul, Nafiz Muaz, Asha Zainul, sheila Mambo dan ramai lagi.

Trailer Drama Sorry Naik Lori 

Terbaru Lebih lama