Senarai Drama Korea Best Dan Menarik Bulan November 2022

Rasanya baru sahaja kongsikan dengan pembaca blog luqman zakaria berkenaan dengan drama korea untuk bulan oktober 2022, sekarang ini bulan November sudah menghampiri kita. Cepatnya masa berlalu kan. 

Senarai Drama Korea bulan 11 2022

Untuk bulan november ada banyak juga drama korea yang akan menjadi fenomena contohnya Reborn Rich yang dibintangi oleh pelakon utama drama Vincenzo yang pernah digemari ramai sebelum ini. Selain Reborn Rich, korang juga boleh menonton drama korea lain seperti  Please Send A Fan Letter, I Don't Feel Like Doing Anything dan banyak lagi. Jom sama sama kita tengok senarai dibawah.

Senarai Drama Korea Best Dan Menarik Bulan November 2022

1. I Don't Want To Do Anything

Drama korea bertajuk I Don't Want To Do Anything dibintangi oleh Seol Hyun yang merupakan penyanyi Kpop dari kumpulan AOA sebagai Lee Yeo Reum. Drama ini akan ditayangkan pada bulan november menerusi saluran ENA. 


Drama Korea I Don't Want To Do Anything menceritakan tentang Lee Yeo Reum (Seol Hyun) yang menghadapi dugaan pahit dalam hidup dimana ibunya meninggal sebaik sahaja putus hubungan dengan kekasihnya. Selepas itu Lee Yeo Reum membuatkan keputusan untuk berpindah ke satu kampung yang kecil dan bertemu dengan seorang lelaki bernama An Dae Beom (Im Si Wan).

2. Reborn Rich

Satu lagi drama korea menarik yang korang boleh tonton adalah Reborn Rich. Seperti yang aku kongsikan, drama ini dibintangi oleh Song Joong Ki sebagai watak utama. Drama ini akan ditayangkan bermula 18 November 2022 di saluran JBTC pada hari Jumaat hingga Ahad dan korang juga boleh menonton drama ini di aplikasi VIU. 


Drama Reborn Rich mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Yoon Hyun Woo (Song Joong Ki) yang bekerja selama lebih 10 tahun dengan Soonyang Conglomerate dimana dia perlu menguruskan keluarga tersebut tetapi malangnya dia dituduh melakukan penyelewengan dan dibunuh oleh anak bongsu keluarga itu yang bernama Jin Do-Joon. 

Menariknya, selepas kejadian tersebut Yoon Hyun Woo hidup kembali dalam tubuh Jin Do-Joon dan dia  mengambil keputusan untuk menggunakan identitinya yang baru untuk membalas dendam kepada keluarga tersebut.

3. The Fabulous 

Drama seterusnya adalah The Fabulous yang akan disiarkan menerusi Netflix bermula 4 November 2022. Drama The Fabulous dilakonkan oleh Minho yang merupakan salah satu anggota menyanyi kpop Shinee dan digandingkan bersama Chae Soo Bin.


Dalam drama The Fabulous Minho membawa watak sebagai Freelance Retoucher yang kacak bernama Ji Woo Min dan watak Chae Soo Bin pula memegang watak sebagai seorang wanita bekerjaya yang sangat optimis dan ceria bernama Pyo Ji Eun yang merupakan seorang PR Manager di sebuah syarikat jenama mewah.  

4. Revenge Of Others

Revenge Of Other adalah drama korea revenge-thriller yang dibintangi oleh Shin Ye Eun dan ianya akan ditayangkan di aplikasi Disney Plus bermula 9 November 2022 akan datang.


Drama Revenge Of Others mengisahkan tentang pelajar sekolah menengah bernama Ok Chan Mi (Shin Ye Eun) yang kehilangan adik kembar lelaki. Kematian adiknya itu membuatkan Ok Chan Mi mencuba seada upaya untuk mencari kebenaran disebalik perkara yang berlaku. Ketika sedang memcari kebenaran tentang kematian adiknya, Ok Chan Mi bertemu dengan Ji Soo Heon (Lomon). Seorang lelaki yang sering membantu pelajar yang dibuli.

5. Somebody

Satu lagi drama korea yang akan ditayangkan di Netflix pada 18 November 2022 iaitu Somebody. Drama ini dilakonkan oleh Kang Hae Lim, Kim Yong Ji, Kim Soo Yeon dan ramai lagi. 


Drama Somebody adalah tentang aplikasi mencari jodoh yang dikenali dengan nama "someday". Aplikasi ini dibuat oleh Sum yang dilakon oleh Kang Hae Lim. Drama ini menjadi lebih menarik apabila aplikasi ini dikaitkan dengan kes pembunuhan.

6. Please Send A Fan Letter

Untuk pengetahuan korang, Drama korea Please Send A Fan Letter akan disiarkan bermula 26 November 2022 di TV MBC. Drama ini dibintangi oleh penyanyi kpop dari kumpulan Girls Generation iaitu Sooyoung dan pelakon lelaki pula adalah Yoon Park.


Drama Please Send A Fan Letter menceritakan tentang Bang Jung Seok (Yoon Park) mencuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan terakhir anaknya yang inginkan surat dari selebriti kegemarannya Han Gang Hee (Sooyoung). 

7. The First Responders

Bermula 12 November 2022, drama korea bertajuk The First Responders akan mula ditayangkan di saluran TV SBS. Drama ini dilakonkan oleh Jin Ho Gae, Son Ho Jun dan Gong Seung Yeon. 


Drama The First Responders adalah berkenaan jabatan polis dan bomba yang bekerjasama untuk memerangi masalah jenayah dan juga memberi bantuan kepada mereka yang mengalami kecemasan dan bencana. 

8. Weak Hero Class 1

Drama korea Weak Hero Class 1 yang dibintangi oleh Park Ji Hoon ini akan ditanyangkan di streaming platform Wavve bermula 18 November 2022 akan datang. Untuk pengetahuan korang semua, drama ini adalah berdasarkan webcomic bertajuk "Yakhanyoungwoong".


Mengisahkan tentang Yeon Shi Eun, seorang pelajar yang pintar di sekolah tetapi secara fizikalnya Yeon She Eun adalah seorang lelaki yang lemah tetapi dengan kebijaksanaannya dia mampu melawan kejahatan dan keganasan yang berlaku di dalam dan luar sekolahnya.

Berikut adalah beberapa drama korea yang best dan menarik untuk tontonan korang pada bulan november 2022. Sekiranya ada penambahan, aku akan masukkan dalam senarai. Terima kasih!
Terbaru Lebih lama