Blackpink Kembali Dengan BORN PINK Selepas Hampir 2 Tahun Hiatus

Blackpink Kembali Dengan BORN PINK Selepas Hampir 2 Tahun Hiatus | Comeback terakhir untuk girl group Kpop yang sangat popular ini adalah pada bulan oktober tahun 2020 dengan album yang bertajuk "The Album". Selepas hampir 2 tahun hiatus, mereka akhirnya memuatnaik satu video pengumuman tentang comeback terbaru yang berdurasi 0:31.


Dalam video tersebut mereka mengumumkan tentang Pre-Release Single, Album dan World Tour. Untuk pengetahuan korang, Pre-Release Single akan berlaku pada bulan Ogos tapi tarikh yang tepat masih belum diketahui lagi. Untuk Album pula mereka akan keluarkan pada bulan September dan pada bulan Oktober akan bermulanya World Tour. 


Peminat Blackpink yang menunggu hampir 2 tahun semestinya sangat teruja dengan pengumuman ini. Video berdurasi kurang dari 1 minit ini mencecah jumlah tontontan yang sangat tinggi (tontonan 7.2 juta kali setakat ini - 1 Ogos 2022 jam 4:18 Petang).

1 Ulasan

  1. serius laaa...dah confirm ekkk? kata haritu macam khabar angin je kan!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama