Pengalaman Menginap Di Holiday Villa Hotel Kota Bharu Kelantan

Pengalaman Menginap Di Holiday Villa Hotel Kota Bharu Kelantan | Untuk yang datang jalan jalan Kota Bharu sebab nak shopping, korang wajib menginap dekat Holiday Villa Kota Bharu Kelantan sebab hotel ini berada bertentangan dengan tempat membeli belah yang popular di kelantan iaitu Wakaf Che Yeh. 


Sebenarnya dah lama rancang nak bermalam dekat Holiday Villa Kota Bharu Kelantan tapi bila nak book jer selalu fullybooked. Aku pun hairan kenapa ramai orang yang nak menginap dekat sini. Bila tahu yang dekat area hotel ada banyak tempat menarik untuk diterjah barulah faham kenapa ramai orang suka duduk sini.

Apa Yang Menarik Di Sekitar Holiday Villa Kota Bharu Kelantan

Salah satunya mestilah Pasar Malam Wakaf Che Yeh!

Kalau korang datang pasar malam dekat wakaf che yeh ini memang akan rambang mata sebab ada banyak barang barang yang dijual termasuklah pakaian, makanan, minuman dan macam macam lagi.

Selain itu, ada beberapa kemudahan lain yang berada berdekatan dengan Holiday Villa Kota Bharu Kelantan seperti : 
  • Watsons
  • Mcdonalds 
  • Laundry
  • Bank Rakyat
  • Bank Islam
  • Kopi Mesin Cafe
  • KST Steamboat & Grill

Menginap Di Bilik Superior Holiday Villa Kota Bharu Kelantan

Bagi aku bilik superior dekat Holiday Villa Kota Bharu agak sempit kalau nak bandingkan dengan hotel yang pernah aku stay sebelum ini. Harga lebih kurang tapi bilik ini lebih sempit. Ianya tak menjadi masalah bagi aku sebab aku stay sorang jer. Mungkin kalau ramai memang akan terasalah sempit dia tuh. 



Kemudahan dalam bilik pulak alhamdulillah lengkap!

Antaranya adalah : 
  • Tuala
  • Bathroom amenities
  • Coffee and Tea making facilities
  • Prayer mat (Sejadah)
  • Bathroom amenities 
  • Iron & Ironboard
  • Hanger
  • Safety box
  • Al - Quran




Kalau korang datang check in sini dengan budak budak memang seronoklah dorang sebab ada swimming pool. Sepanjang dua hari satu malam dekat sini sempatlah jugak aku ke area swimming pool untuk ambil gambar. Tak sangka pulak dorang punya swimming pool agak besar. 


Selain itu, hotel ini juga menyediakan gymnasium. Walaupun tak besar tapi ada beberapa alatan senaman yang boleh digunakan.


Kesimpulannya, kalau korang datang Kota Bharu sebab nak jalan jalan shopping dekat wakaf che yeh memang sangat sangat sesuai stay dekat Holiday Villa Kota Bharu sebab korang just jalan kaki jer ke pasar malam tak perlu drive. Biasanya kalau korang datang naik kereta ke wakaf che ye memang susah sikit nak parking kereta. Nak shopping banyak pun tak ada masalah sebab hotel seberang jalan jer. 
Terbaru Lebih lama