Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 3 di TV3 dan Aplikasi iQIYI

Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 3 di TV3 dan Aplikasi iQIYI | Aku rasa dah lama gila peminat 7 Hari Mencintaiku tunggu nak tengok drama ini ditayangkan di TV3 untuk musim yang ketiga. Alhamdulillah penantian dah pun berakhir sebab drama 7 Hari Mencintaiku 3 akan ditayangkan di TV3 mulai 16 April 2022 pada Jam 6.58 Petang dalam Slot Akasia.

Musim kali ini, Mereka diuji dengan dugaan yang berbeza. Semuanya bermula apabila Khuzairi (Shukri Yahya) terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia lumpuh dan menganggap dirinya tidak sempurna. Disebabkan itu, dia berubah dari seorang yang ceria dan penyayang menjadi seorang yang panas baran. 

Untuk pengetahuan korang, drama 7 Hari Mencintaiku 3 juga akan ditayangkan di Aplikasi iQIYI. Jadi, kalau korang tak sempat nak tengok dekat TV3. Korang boleh download aplikasi iQIYI dan tonton dekat sana.

Tonton Episod Penuh Drama 7 Hari Mencintaiku 3


Drama : 7 Hari Mencintaiku 3
Tarikh Tayangan : Bermula 16 April 2022
Waktu Tayangan : Isnin hingga Ahad Jam 6.58 Petang
Pengarah : Jamal Khan 
Terbitan : SR One SDN BHD
Lakonan : Siti Saleha, Shukri Yahya, Hariesa, Liza Abdullah, Faye Kusairi, Syazwan Zulkifli, Wan Sharmila, Jaja Illiyes, Bil Azali, Kazar Saisi.
Terbaru Lebih lama