Tonton Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Di TV3 & iQIYI (Slot Samarinda)

Tonton Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Di TV3 & iQIYI (Slot Samarinda) | Akhirnya drama Cukup Derita Itu sudah pun melabuhkan tirainya dan digantikan dengan drama lain yang berjudul Saat Kau Takluk Cinta Ini lakonan Idris Khan dan Intan Najuwa. Drama ini ditayangkan bermula 20 Disember 2021, setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam.

Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini mengisahkan tentang Haira Melissa (Intan Najuwa) yang dituduh merampas tunang adik tirinya dan disebabkan itu dia dibuang oleh keluarganya sendiri. 

Selepas kejadian itu Haira membawa diri ke sebuah kampung untuk berjumpa dengan kawannya tetapi dalam perjalanan dia terpaksa tumpang berteduh di sebuah pondok yang mempertemukan dia dengan Rahhal (Idris Khan).

Rahhal dan ibunya Hajah Damiah (Wan Maimunah) tinggal di pondok tersebut selepas dihalau dari Rumah Pusaka Tok Wan Damit oleh Mak Long Nisah (Aleza Shadan) dan Fakhril (Syazwan Zulkifly) anaknya.

Sifat baik Rahhal membuatkan Haira tersentuh dan cinta antara mereka berputik dan Rahhal mengambil keputusan untuk melamar Haira. Lamaran dari Rahhal diterima tetapi Haira masih menyimpan rahsia yang mungkin akan menjejaskan hubungan mereka.


Apakah yang akan berlaku selepas itu? Korang kena tengok drama Saat Kau Takluk Cinta ini. Lepas tengok episod 1 dan 2 rasa macam best jugak cerita ini. 

Tonton Episod Penuh Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini


Drama : Saat Kau Takluk Cinta Ini
Tarikh Tayangan : Bermula 20 Disember 2021
Waktu Tayangan : Isnin hingga Khamis 10 Malam 
Pengarah : Zamri Zakaria
Terbitan : Kembara Sufi Sdn Bhd 
Pelakon : Idris Khan, Intan Najuwa, Wafariena Roslan, Shakilla Khoriri, Syazwan Zulkifly, Farhan Asri, Aleza Shadan, Jasmin Hamid dan ramai lagi.
Terbaru Lebih lama