(TUTUP) Take Away Mango Smoothie Di Dataran Machang!

Take Away Mango Smoothie Di Dataran Machang! | Salah satu tempat yang kitorang (my friends and i ) selalu pergi adalah Dataran Machang. Dataran machang ini basically tempat untuk makan makan tapi sekarang masih banyak lagi kedai yang masih kosong. So, kalau korang rasa nak meniaga dekat sana go ahead.

Salah satu kedai yang baru buka dekat sana adalah Take Away Mango Smoothie. Jadi, aku nak share dengan korang pasal kedai nih lah. Menu apa yang ada, harga berapa semua la so that bila pergi sana korang dah tahu nak order apa.

mango smoothie di dataran machang

Inilah kedai dia! Kecik jer sebab memang untuk take away jer. Sesuailah dengan nama kedai tuh kan. Lagi pun dorang mainly jual Mango Smoothie sahaja, jadi tak perlulah kedai yang besar. Now, Jom kita tengok apa yang ada dekat sini.

Take Away Mango Smoothie di Dataran Machang

mango smoothie di dataran machang

Dekat sini ada tiga menu pilihan iaitu Mango Sky, Mango Hilton dan juga Mango Oriental. Paling murah RM3 and paling mahal pun baru RM5. Bagi aku harga dia ok sangat dah. Kalau nak dapatkan murah dari RM3 memang tak jumpalah aku rasa.

Take Away Mango Smoothie di Dataran Machang

Mango Sky yang RM3 tuh tak ada topping (dice mango). Macam tak berapa best la minum mango Smoothie kalau tak ada dice mango kan. Jadi, Aku order Mango Hilton dan kawan aku order Mango Oriental. Beza antara dua nih adalah Mango Oriental dorang tambah whipped Cream. 

Take Away Mango Smoothie di Dataran Machang

Take Away Mango Smoothie di Dataran Machang

mango smoothie di Dataran Machang

Kalau korang datang makan makan dekat dataran machang bolehlah singgah beli Mango Smoothie nih. Kitorang pun lepas pekena Nasi Ayam Golek dekat sini baru singgah beli Mango Smoothie sebelum balik. Cakap pasal Nasi Ayam, nanti aku share pasal kedai makan tuh pulak ok untuk next entry. Selamat mencuba!
Terbaru Lebih lama